Wednesday, November 30, 2005

Wawancara 4

Majalah : Al-Bashirah
Edisi : -
Kolum : Wawancara 4
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Wawancara dikendalikan oleh saudara Mohd Zaki M. Noor dan saudara Hafiz Nor Amli Halimi, wartawan Al-Basirah 2004, bertempat di Pejabat BKPJM, pada hari Jumaat, 23 Julai 2004, jam 10 malam. Wawancara ekslusif ini dibuat untuk edisi sebelum Mesyuarat Agung Khas.

Biodata Tokoh: Nama, Mohd Khalid Bin Salekan, berasal daripada Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang, Johor Darul Ta'zim, Kuliah Lughah Arabiah Tahun Empat, Kaherah, pendidikan awal dalam bidang arab di Sekolah Menengah Arabiah Tampuk, Benut, Pontian, Johor, kemudian melanjutkan pelajaran ke Maahad Pontian, Parit Masjid, seterusnya ke Madrasah Tarbiah Mardhiah, Panchor, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan, Seterusnya ke Universiti al-Azhar, Mesir. Pengalaman berpersatuan, dalam PMRAM pernah diamanahkan sebagai Ketua Kebajikan Dan Tabung Derma, dan dalam BKPJM pernah ditaklifkan sebagai Ketua Unit Kebajikan dan Kutub Khanah (UKKK), Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan (UPB), Yang Dipertua (YDP) dan Penasihat.

Tetamu Kehormat Dalam Sesi Ramah Mesra Bersama Exco BKPJM, Rombongan Kerajaan Negeri diketuai oleh YB Zainal Abidin bin Othman, Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, seterusnya Dato' Omar bin Awab, Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), seterusnya KPP Bahagian Pendidikan Majlis Agama Islam, Ustaz Anuar Sarimin, seterusnya KPP Bahagian Baitul Mal Zakat, Ustaz Ramli bin Jusoh, seterusnya Pegawai Am YPJ, Ustaz Zeen bin Watak, juga Encik Omar bin Ali, Pembantu Am (PA) Setiausaha Sulit Bagi Yang Berhormat YB Zainal.

Wartawan Al-Basirah ( WB’04 ) : Bismillahirrahmanirrahim, pertamanya terima kasih kepada Ustaz Khalid kerana sudi ditemuramah pada malam ini. Kami mengharapkan kerjasama yang diberikan ini akan memberi manfaat kepada kita bersama. Assalamulaikum Ustaz.

USTAZ KHALID ( YDP BKPJM ) : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, pertamanya, terlebih dahulu ana kira ada baiknya kita mulakan dengan sama-sama membaca al-Fatihah.

WB’04 : Pertamanya, semalam ( 22 Julai 2004 ) kita telah didatangi oleh wakil daripada kerajaan negeri Johor dan wakil daripada Yayasan Pelajaran Johor. Bolehkah ustaz terangkan serba sedikit tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam pertemuan ramah mesra bersama exco-exco

YDP : Ada beberapa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ataupn perjumpaan diantara Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) BKPJM bersama dengan exco kerajaan negeri, YB Zainal sendiri. Perkara yang paling utama ialah berhubungkait dengan pendaftaran BKPJM itu sendiri kepada Kedutaan. Lain-lain perkara ada juga disentuh, contohnya tentang zakat sedikit sebanyak, tentang YPJ, tetapi perkara itu hanya sekadar disebut, namun tidak dibincangkan secara meluas. Tetapi secara khususnya, majlis tersebut hanya membincangkan tentang pendaftaran sahaja.

WB’04 : Bagaimanakah hubungan BKPJM dengan kerajaan negeri?

YDP : Setakat ini, seperti yang sedia maklum, hubungan kita masih seperti dahulu dan berada dalam keadaan yang baik. Hubungan baik dan tiada masalah. Sebab itulah mereka bersedia untuk berjumpa dengan kita, datang ke rumah Johor dan juga berjumpa dengan AJKT BKPJM. Benda ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak kerajaan negeri memperakukan mengiktiraf kewujudan BKPJM sendiri. Lebih daripada itu kalau kita lihat, ada orang mengatakan zakat disekat kerana BKPJM tidak berdaftar. Walaupun kita tidak mendapat sebarang hitam putih, makluman dan sebagainya, tetapi pihak Nadi UMNO sendiri telah pun menyenaraikan nama-nama yang berada di bawah Nadi UMNO untuk memperolehi zakat. Tetapi mereka yang berdaftar di bawah Nadi UMNO sendiri pun tidak menerima bantuan tersebut atas nama Nadi UMNO.

WB’04 : Maknanya mereka yang mendakwa dapat pun tidak menerima bantuan itu lagi?

YDP : Tiada siapa yang dapat sekarang ini.

WB’04 : Maknanya kerajaan negeri masih memberikan komitmen yang baik dengan BKPJM?

YDP : Ya, setakat ini begitulah.

WB’04 : Apakah langkah-langkah ataupun tindakan yang akan diambil oleh BKPJM selepas ini berhubung dengan masalah pendaftaran ini? Adakah BKPJM akan mendaftar?

YDP : Berhubung dengan masalah pendaftaran, setakat ini, kita baru sahaja (semalam) mengadakan perjumpaan dengan kerajaan negeri, jadi sekarang ini kita masih perlu kepada perbincangan yang lebih khusus, dan lebih detail bersama mereka yang terlibat. Antaranya Lembaga Penasihat, AJKT sendiri, barulah kita boleh mengambil satu kata putus yang mantap ataupun kita boleh mematangkan perbincangan tersebut. Sekarang ini kita hanya menerima maklumat-maklumat, rasional-rasional, reason-reason daripada pihak kerajaan negeri kenapa kita perlu berdaftar, jadi sekarang ini perbincangan secara lumat, matang kita belum buat lagi, kita menunggu sehari dua ini.

WB’04 : Mesyuarat Agung?

YDP : Saya rasa tak perlu Mesyuarat Agung, tunggu sehari dua ini sehingga keadaan sesuai. AJKT semua bersedia, penasihat semua bersedia untuk berbincang masalah ini secara detail.

WB’04 : Maknanya, adakah (hal ini) tidak dibawa ke Mesyuarat Agung untuk dibincangkan bersama ahli?

YDP : Perlu disebut, Mesyuarat Agung adalah salah satu pentas atau ruangan untuk membincangkan perkara besar seperti ini. Tetapi disamping Mesyuarat Agung ada banyak lagi ruangan, contohnya melalui Mesyuarat Agung Tergempar, ataupun melalui Hiwar dan sebagainya. Jadi perkara ini boleh dibincangkan dari masa ke semasa. Cuma, oleh kerana masalah pendaftaran masalah yang menyentuh tentang Undang-Undang Tubuh BKPJM itu sendiri. Apabila menyentuh Undang-Undang Tubuh BKPJM, maka ia adalah hak dua pertiga ahli BKPJM. Dengan erti kata, hanya boleh ditukar melalui dua cara. Sama ada Mesyuarat Agung Biasa ataupun Mesyuarat Agung Tergempar. Maknanya kalau hendak ubah sesuatu perlulah dalam Mesyuarat Agung.

WB’04 : Dengan kedatangan wakil kerajaan negeri dan YPJ, adakah BKPJM mendapat sebarang sumbangan daripada pertemuan kali ini?

YDP : Setakat ini kita menerima sumbangan berbentuk cek ataupun bankdraf bernilai sepuluh ribu ringgit Malaysia, yang telah diluluskan sebelum mereka berangkat ke Mesir lagi sebenarnya. Ana telah mengajukan permohonan secara bertulis kepada YPJ sebanyak sepuluh ribu untuk operasi baik pulih kerosakan-kerosakan serius di Rumah Johor khususnya. Setakat ini itu sahaja.

WB’04 : Berkenaan dengan zakat, ada perkembangan atau maklumat terkini?

YDP : Setakat ini, zakat kita tiada makluman lagi, dan kita masih mencari ruang untuk bertemu dengan al-Fadhil Ustaz Ramli bin Jusoh selaku KPP bahagian zakat dan Baitul Mal untuk dia menjelaskan kepada kita perkara yang sebenar.

WB’04 : Bagaimana dengan pinjaman ( YPJ ) pula?

YDP : Pinjaman YPJ pun, Pengurus Besar YPJ sendiri Dato' Omar Awab, dia Cuma berkata benda ini perlu dibincangkan semula, dan setakat ini ana katakan tidak ada jaminan untuk ahli-ahli BKPJM walaupun mendaftar, walaupun tidak mendaftar, mendapat kedua-dua tersebut, zakat dan juga pinjaman.

WB’04 : Adakah kemungkinan pelajar-pelajar daripada tahun Satu hingga Tahun Empat untuk mendapat bantuan zakat atau pinjaman selepas daripada ini?

YDP : Ana kira kemungkinan itu ada, Cuma jaminan itu tidak ada. Kemungkinan ada, barangkali selepas mendaftar contohnya, faedah yang mungkin kita dapat dibuka semua pinjaman atau sebagainya. Tetapi jaminan tidak ada, dan kita akan mengkaji secara lumat perkara ini, akan merujuk kepada pihak yang berkenaan supaya perkara ini( pendaftaran ini) menjadi sesuatu yang berbaloi untuk kita. Kalau dengan mendaftar dengan tidak mendaftar sama sahaja daripada segi faedah, hasil dan sebagainya, baik kita tidak payah mendaftar. Jadi begitulah keadaannya.

WB’04 : Sepanjang penglibatan ustaz dalam BKPJM ini, apakah masalah-masalah yang melanda persatuan kita ini?

YDP : Ana rasa penglibatan ana dalam BKPJM ini sudah terlalu lama, sebagai AJK biasa, sebagai exco, sebagai YDP yang terakhir ini, jadi banyaklah masalah yang ana terima, masalah bersama ahli, masalah bersama dengan Kedutaan, masalah-masalah tertentu bersama kerajaan negeri, sesama AJKT pun tidak dinafikan kadang-kadang berlaku masalah dalaman secara pentadbiran. Jadi, masalah apa yang hendak ditanyakan secara terperinci?

WB’04 : Boleh huraikan sedikit masalah dengan ahli ?

YDP : Berhubung dengan masalah ahli ini, maklumlah ahli, kita ini manusia, punyai pemikiran yang bermacam-macam, punyai idealisme yang pelbagai, jadi masalah itu banyak. Ada yang terlampau fanatik dengan fahaman-fahaman politik tertentu, maka kita terpaksa mengambil jalan yang pertengahan, supaya tidak ada pihak yang berkecil hati dan sebagainya. Begitulah pendirian BKPJM selama ini pun, bukan pendekatan politik yang kami ambil, tetapi pendekatan berbentuk kebajikan sahaja. Barangkali ada yang cenderung ke 'sebelah sana', 'sebelah sini' dan sebagainya, jadi apabila kita ambil pendekatan yang paling pertengahan, maka setakat ini (persatuan kita) masih boleh terpelihara, dari segi kemakmuran, kehidupan mahasiswa BKPJM di sini.

WB’04 : Sejak akhir-akhir ini, ahli kelihatan cenderung untuk meninggalkan rumah Johor. Apa pandangan ustaz dalam hal ini?

YDP : Maksudnya ahli barulah? Pada ana, perkara itu normal, sekarang ini akhir bulan Julai. Bulan Ogos mereka dibenarkan keluar kerana perjanjian sememangnya begitu, dan juga mereka juga berhak untuk keluar dengan sebab memberikan ruang dan sebagai persediaan untuk adik-adik baru akandatang. Tetapi bukanlah kata kunci ' penduduk boleh meninggalkan rumah Johor' bermaksud penduduk semua perlu ataupun diminta meninggalkan Rumah Johor, tidak begitu. Kita ada beberapa fatrah lagi, contohnya bulan lapan, pelajar belum sampai. Bulan sembilan, dijangka belum sampai. Bulan sepuluh baru sampai. Cuma, mereka yang bertindak keluar daripada Rumah Johor sebelum daripada waktunya ana rasa itu tindakan yang bukanlah salah sangat, tetapi agak kurang sesuai, dengan sebab mereka terpaksa juga membayar harga sewa Rumah Johor sehingga bulan Julai. Walaubagaimanapun kita tidak mahu menyekat ataupun tidak mahu mengambil pendirian tegas supaya mengharamkan ataupun tidak membenarkan langsung penghuni-penghuni keluar daripada Rumah Johor, kerana mereka ada hak, dan mereka punyai pendirian tersendiri. Jadi kami menghargai perkara ini, dan kami memberi kelonggaran. Cuma, harapan ana, supaya penduduk Rumah Johor yang ada ketika ini dapat memikirkan semula berkenaan keluar terlalu awal, memandangkan kebajikan-kebajikan Rumah Johor banyak yang terabai sekiranya tiada sesiapa yang tinggal di Rumah Johor. Masa untuk tinggal di rumah sewa pada ana terlalu panjang. Sekurang-kurangnya empat tahun. Kalau setahun tinggal di Rumah Johor, tiga tahun lagi tinggal di rumah sewa dan sebagainya. Tiga tahun itu lama. Dan silap-silap, apabila kamu sudah duduk di rumah sewa nanti kamu teringin untuk duduk di Rumah Johor semula. Dan ana rasakan memanglah kita jiwa muda, hendak cepat tahu semua. Ana dulu adalah antara mereka yang mula-mula sekali keluar daripada Rumah Johor. Kebetulan Rumah Johor islah masa itu, tahun 1997, jadi memang kena keluar. Tetapi apabila ( Rumah Johor ) sudah siap, diminta masuk kembali, ana tak masuk semula. Ana pergi ke rumah sewa, memandangkan fatrah itu sudahpun bulan lapan, ana tidak masuk. Nasib baiklah rumah sewa itu ana berdua sahaja pelajar baru, empat orang lagi pelajar lama. Kebetulan masalah dengan tuan rumah macam-macam. Mula-mula macam-macamlah, diminta duit itu dan ini, dan kemuncaknya kena halau daripada rumah. Kalaulah semua pelajar baru yang ada di situ, datang orang suruhan tuan rumah pukul dua belas malam, kita tidak tahu bercakap dan sebagainya, akan jadi masalah. Perlu kepada kesabaranlah, dan di Rumah Johor perlu kepada sahabat-sahabat semua untuk memelihara, menjaga dan memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.

WB’04 : Apa nasihat ustaz kepada pelajar baru yang telah keluar dariapada Rumah Johor ini?

YDP : Pada mereka yang telah keluar daripada Rumah Johor ini, ana harap supaya janganlah melupakan kebajikan dan tanggungjawab kalian kepada Rumah Johor ini, dari segi gotong royong, dari segi ziarah, ataupun dari segi program-program yang dianjurkan oleh BKPJM ataupun PMRAM itu sendiri. Tidak bererti apabila keluar daripada Rumah Johor, commit kita, keterlibatan kita dengan aktiviti-aktiviti terputus. Tidak boleh kita anggap macam itu. Walaupun kita berada di muhafazah, walaupun kita berada di rumah sewa, walaupun kita berada di Rumah Johor, dari segi keterlibatan dengan aktiviti, program, ataupun dari segi commit adalah sama sahaja. Cuma, oleh kerana berada di Rumah Johor ini kerjanya lebih sedikitlah. Kita tiada pegawai, kita tiada peruntukan khas daripada mana-mana pihak untuk menjaga Rumah Johor ini. Jadi setakat ini, kitalah sama-sama yang kena jaga, sama-sama perlu mengambil berat terhadap kebersihan, kekemasan dan sebagainya di Rumah Johor ini.

WB’04 : Kemungkinan akan berlaku kebanjiran pelajar-pelajar baru sesi akan datang, apa pandangan ustaz tentang hal ini?

YDP : Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia, Ustaz Wan Bakar sendiri, yang menjangkakan seramai lapan puluh orang, akan datang pelajar baru. Cuma, buat sementara waktu kita mungkin akan menempatkan mereka di Rumah Johor ini, sekadar yang muat, Jika sekiranya tidak muat, ataupun terlampau sesak, kita akan meletakkan mereka di mana-mana rumah sewa yang sesuai, yang boleh kita jadikan tempat persinggahan untuk mereka. Dan kita akan menunggu fatrah nama muqayyad untuk di tauzik ke mana-mana muhafazah yang sepatutnya. Jadi selepas daripada itu, selepas daripada tauzik itu baru kita tahu jumlah sebenar yang berada di Kaherah. Bila kita tahu jumlah sebenar yang berada di Kaherah, barulah kita tentukan penempatan mereka secara pasti.

WB’04 : Apakah nasihat ustaz kepada ahli-ahli?

YDP : Untuk ahli semua, ana harapkan supaya keberadaan kita di bumi Mesir ini menjadikan kita seorang yang matang dari segala aspek, Aspek keilmuan, aspek thaqafah, dan terlebih-lebih lagi, aspek bermuamalah ataupun berorganisasi. Sangat penting untuk kita mengetahui kemahiran-kemahiran ataupun pengalaman-pengalaman dalam berorganisasi. Memandangkan di kuliah ataupun di mana-mana seminar kita boleh mencari ilmu, kita boleh menambah thaqafah, tetapi dari segi gerak kerja organisasi dan sebagainya, tidak boleh untuk mencari di mana-mana kuliah. Maka dengan pengalaman-pengalaman terlibat sebagai ketua-ketua unit, sebagai musrif, sebagai fasilitator, sebagai exco, sebagai yang dipertua dan sebagainya, itulah dia pengalaman ataupun medan untuk kita mentarbiah diri kita, menjadi orang yang berkhemah tinggi, berjiwa besar, untuk menghadapi masyarakat kelak. Tidak memadai kita menghadapi masyarakat hanya dengan ilmu semata-mata. Tidak memadai kita menghadapi masyarakat hanya dengan thaqafah, pengetahuan dan sebagainya, walaupun benda itu perlu, tidak dinafikan, penting. Tetapi kemahiran kita untuk berhadapan dengan masyarakat, pengalaman kita dalam organisasi itu juga penting juga banyak membantu kita dalam mendekati masyarakat kelak. Seterusnya, ana harapkan kepada seluruh ahli BKPJM supaya mempertahankan BKPJM dan PMRAM itu sendiri, memandangkan inilah persatuan yang pada pandangan ana masih lagi menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras, sebagai dasar yang diperjuangkan. Kita kesal dan kita cukup berdukacita kerana ada pihak-pihak tertentu yang sanggup menggadaikan agama, menggadaikan kefahaman Islam yang mereka sendiri miliki kerana sebab-sebab yang kita sendiri tidak jelas. Barangkali dengan sebab kuasa, barangkali dengan sebab pengaruh, mereka sanggup untuk menganjurkan program-program yang tidak syar'ie, yang mencampuradukkan antara ikhwah dan akhawat, yang ana kira banyak menyumbang kepada keruntuhan dan kebejatan social dikalangan siswa siswi al-azhar di sini. Oleh itu, ana sangat-sangat berharap kepada seluruh ahli BKPJM, peliharalah BKPJM ini, peliharalah PMRAM ini selagi mana BKPJM dan PMRAM ini mendokongi Al-Quran dan As-sunnah. Jika berlaku kesilapan, berlaku salah laku dikalangan AJKT dan juga HEWI, maka tegurlah dengan sebaik-baiknya. AJKT dan HEWI bukanlah nabi ataupun rasul yang maksum, Tidak. Mereka barangkali melakukan kesalahan, mereka barangkali melakukan kesilapan, tetapi pandanglah kepada dasar dan pandanglah kepada asas ditubuhkan BKPJM dan PMRAM. Jika benar maka ikutlah, dan jika orang yang membawanya, iaitu AJKT ataupun HEWI tadi tersilap, tegurlah dengan baik. Dan jauhilah daripada kalam-kalam ataupun kata-kata belakang, ataupun ada perkara yang tidak dipuashati, ada perkara yang kurang jelas, tetapi hanya menceritakan di belakang AJKT ataupun HEWI. Akhirnya perkara ini tidak akan selesai. Jika ada perkara yang hendak diselesaikan, ada perkara yang hendak dibincangkan, yang tidak dipuashati, sila berjumpa secara berdepan. Mudah-mudahan dengan adanya perjumpaan tersebut menyelesaikan segala masalah, tidak ada menyimpan perasaan apa-apa di dalam hati, keutuhan BKPJM dan PMRAM itu akan terpelihara hingga akhirnya. Itu sahaja daripada ana.

WB’04 : Akhirnya kami wakil daripada al-Basirah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih ats kesudian ustaz ditemuramah pada malam ini. Kami juga mendoakan agar segala cita-cita dan harapan akan terlaksana, ingin terus melihat keutuhan BKPJM terus unggul di persada bumi Anbia' ini. Terima kasih sekali lagi kepada ustaz.

YDP : Sama-sama.

Tuesday, November 29, 2005

Wawancara 3

Majalah : Al-Bashirah
Edisi : -
Kolum : Wawancara
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Wawancara dikendalikan oleh saudara Mohd Zaki M.Noor, wartawan al-Basirah, bertempat di Pejabat BKPJM, Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin, pada 7 Ogos 2004, jam 3.40 minit petang.

Bioadata Tokoh : Ustaz Zairol Al-Adib, Kuliah Usuluddin Tahun 3, Syu'bah Tafsir, Kaherah.

Wartawan al-Basirah (WB 04) : Saya wakil daripada al-Basirah mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zairol kerana sudi ditemuramah pada petang ini. Semoga kerjasama yang diberikan memberikan manfaat untuk kita bersama. Assalamualaikum.

(Ustaz Zairol) : Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

(WB 04) : Ada baiknya kita mulakan dengan Ummul Kitab, al-Fatehah.

(WB 04) : Berapa ramaikah perwakilan Johor dalam Mu'tamar Sanawi tersebut secara khususnya, dan seluruh perwakilan secara umumnya?

(Ustaz Zairol) : Perwakilan Johor yang diberikan kuota oleh pihak PMRAM seramai 40 orang, 20 ikhwah dan 20 akhawat. Dan jumlah keseluruhan perwakilan yang hadir ketika itu dianggarkan sekitar hampir 800 orang.

(WB 04) : Perwakilan Johor telah dinobatkan sebagai perwakilan terbaik. Apa pandangan ustaz?

(Ustaz Zairol) : Yang pertama saya bersyukur kepada Allah S.W.T, dan anugerah perwakilan terbaik itu bukanlah di atas usaha saya, tetapi dengan kerjasama daripada semua sahabat-sahabat Johor, ikhwah mahupun akhawat.

(WB 04) : Apakah antara isu yang dibangkitkn oleh perwakilan Johor secara khusunya, dan semua perwakilan secara umumnya?

(Ustaz Zairol) : Isu yang dibangkitkan oleh perwakilan Johor, terutama dalam ucap dasar Presiden, perwakilan Johor membahaskan tajuk 'Keberkesanan Tarbiah Asas Keiltizaman'. Jadi walaupun bukan ikhwah yang membentangkan, tetapi akhawat, tetapi dari sudut tajuk itu kita menganggapkan suatu kejayaanlah, kupasan-kupasan dan cadangan-cadangan yang baik untuk PMRAM.

(WB 04) : Isu daripada perwakilan yang lain?

(Ustaz Zairol) : Isu yang dibangkitkan pada amnya berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti PMRAM, tetapi yang nampak hangat ketika perbahasan usul yang bertajuk ' Ahli Hendaklah Menolak Segala Dakyah Yang Boleh Memecahbelahkan Kesatuan PMRAM '. Jadi dalam usul tersebut pelbagai pihak bangun dan menjelaskan tentang kewajaran usul tersebut diterima. Perwakilan Johor juga tidak ketinggalan membahaskan usul tersebut, dan secara dasarnya usul tersebut diterima secara sebulat suara untuk dilaksanakan daripada peringkat akar umbi hinggalah ke peringkat kepimpinan. Wallahu A'lam.

(WB 04) : Apakah rahsia sehingga perwakilan Johor berjaya menjadi perwakilan terbaik pada tahun ini?

(Ustaz Zairol) : Tidak ada rahsia yang khusus unutk penganugerahan tersebut, namun berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman yang lepas, kreatia perwakilan terbaik itu dikira dari sudut disiplin perwakilan, kehadiran, dan keaktifan di dalam perbahasan atau di dalam menanyakan soalan-soalan, memberi suatu persembahan kepada dewan dan muktamar ketika itu, disampin beberapa perkara lain termasuklah pakaian, keseragaman dan sebagainya. Jadi berdasarkan faktor-faktor itu kita menggerakkan perwakilan apa yang mampu, dan alhamdulillah semua perwakilan-perwakilan khususnya peringkat ikhwah negeri Johor ditahap disiplin yang baik, dan kerjasama yang bagus, dan mungkin di atas dasar itu, kerjasama semua perwakilan seramai dua puluh orang itu maka Johor mendapat anugerah perwakilan terbaik bagi sesi Mu'tamar kali ke 71 ini.

(WB 04) : Warga al-Basirah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi ditemurmah, dan tahniah ustaz sebagai ketua perwakilan Johor dalam Mu'tamar Sanawi yang lepas. Semoga kecemerlangan dalam Mu'tamar ini akan terus dipertingkatkan di sesi akan datang, dan sekali lagi saya sebagai wakil al-Basirah mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana sudi memberikan kerjasama dalam temuramah ini. Terima kasih.

(Ustaz Zairol) : Sama-sama.

Monday, November 28, 2005

Wawancara 2

Majalah : Al-Bashirah
Edisi : -
Kolum : Wawancara
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Wawancara dikendalikan oleh Mohd. Zaki M. Noor, wartawan Al-Basirah 2004, pada 5 Ogos 2004, jam 7.00 petang, bertempat di Syaqah 1, Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin.

Biodata Tokoh : Mohd. Nazar bin Misran, berasal daripada Parit Maimon, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Berada di Tahun 3, Usuluddin, Syu’bah Dakwah, Kaherah. Pendidikan I’dadi di Parit Sulong, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab Tarbiah Islamiah di Batu Pahat, sebelum ke Maahad Pontian selama empat tahun. Dengan Sijil Tinggi Agama yang diperolehi, melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Pengalaman berpersatuan, ditaklifkan sebagai Ketua Unit Persekolahan, Sambutan dan Rehlah (2002/2003), dan sebagai Timbalan yang DiPertua merangkap Lajnah Penerangan dan Penerbitan (2003/2004).

Wartawan al-Basirah (WB’04) : Pertamanya, terima kasih kepada Ustaz Nazar kerana sudi meluangkan masa ditemuramah pada petang ini, semoga kerjasama yang diberikan memberikan satu manfaat buat kita bersama. Assalamualaikum.

Ustaz Nazar Misran (TYDP) : Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

WB’04 : Baru-baru ini BKPJM telah melaksanakan satu program yang dinamakan ‘Rapat BKPJM’. Bolehkah ustaz ceritakan secara ringkas tentang program itu?

TYDP : Berkaitan dengan Rapat BKPJM, ia sebenarnya adalah satu program untuk kita memanggil ahli kita yang khususnya berada di seluruh muhafazah di Mesir ini, untuk kita bersatu, mengumpul pendapat dan suara ahli dalam membincangkan isu yang yang sangat-sangat besar sejak akhir-akhir ini dalam BKPJM, iaitu berkaitan isu pendaftaran. Ala Kulli Hal, program ini diadakan pada 1 Ogos yang lalu, yang mana ia dipecahkan kepad beberapa slot. Pertamanya, slot Dialog bersama Kedutaan, seterusnya slot Hiwar, dan yang terakhir, Mesyuarat Agung Khas yang membincangkan satu usul, pendaftaran BKPJM kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

WB’04 : Boleh ceritakan tentang respon ahli terhadap program ini?

TYDP : Respon ahli terhadap program Rapat BKPJM ini alhamdulillah, agak membanggakan, kerana kita mampu menghimpunkan pelajar-pelajar kita yang berada diseluruh bumi Mesir ini, pada pagi tersebut, iaitu kita mengadakan majlis itu jam 9.30 pagi untuk perasmian yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM, kemuadian slot Dialog bersama Pengarah JPMK itu sendiri iaitu Ustaz Wan Bakar Wan Dagang, dalam usaha-usaha beliau memberikan penerangan tentang kebaikan-kebaikan pendaftaran BKPJM kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

WB’04 : Boleh ustaz ulas sedikit di antara isu-isu yang menarik yang ditimbulkan oleh ahli dalam Hiwar bersama Tuan Pengarah JPMK?

TYDP : Berkaitan dengan isu yang menarik, yang hangat diperbincangkan, selepas Pengarah menerangkan kebaikan-kebaikan, faedah-faedah yang diperolehi daripada hasil pendaftaran kepada kedua-dua belah pihak, kepada BKPJM dan Kedutaan, dan semestinya ahli mengharapkan satu manfaat yang sangat besar kepada kebajikan pelajar seterusnya hubungan mereka dengan PMRAM, hubungan mereka dengan Kedutaan, dan hubungan merekadengan Kerajaan Negeri. Isu yang paling hangat dibangkitkan adalah berkaitan dengan penubuhan Badan Anak Johor, yang diwar-warkan penubuhannya tiga hari sebelum ketibaan rombongan Yang Amat Berhormat Tuan Haji Zainal Abidin bin Othman ke Mesir, yang mana mereka, delegasi-delegasi ini menggesa BKPJM ini berdaftar kepada Kedutaan, dan untuk memudahkan saluran sumbangan, bantuan, zakat dan sebagainya kepada BKPJM.

WB’04 : Bermakna kita telah didesak untuk berdaftar?

TYDP : Sebenarnya isu ini sudah tiga tahun berlarutan, dan sebelum-sebelum ini kita menerima tawaran ataupun gesaan untuk berdaftar, tetapi memandangkan masalah yang berlaku, dan masalah yang kita lihat, yang diperolehi hasil daripada pengamatan ahli-ahli terhadap BKAN yang telah berdaftar, kita lihat kurangnya kebajikan daripada pihak Kedutaan itu sendiri, dan adanya acara-acara ataupun program-program yang tidak bersesuaian dengan jiwa sebagai seorang pelajar Islam. Pelajar menilai perkara-perkara ini tidak sesuai, pelajar menolak. Perkara ini telah dua kali dibawa ke Mesyuarat Agung, seluruh ahli telah sepakat menyuarakan ketidaksetujuan mereka akan pendaftaran ini. Akan tetapi, kedatangan rombongan Yang Berhormat, Tuan Haji Zainal ke Mesir ini, membawa isu ini, merupakn saranan daripada Menteri Besar Johor, untuk memastikan bahawa BKPJM ini berdaftar, sebagai usaha-usaha untuk merapatkan hubungan dua hala.

WB’04 : Sumbangan 10 ribu yang diberikan oleh Kerajaan Johor kepada BKPJM telah mendapat satu reaksi daripada Tuan Haji Wan Bakar Wan Dagang. Bolehkah ustaz beri sedikit komen berkenaan hal ini?

TYDP : Kepada sahabat-sahabat yang telah turut serta dalam Dialog pada 1 haribulan tersebut, memang diusulkan, memang dibangkitkan berkaitan dengan sumbangan yang diberikan sebanyak 10 ribu daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Omar Awab. Itu adalah sumbangan ataupun cek yang telah lama dituntut oleh pihak BKPJM atas usaha-usaha untuk membaik pulih kerosakan-kerosakan yang berlaku Dan perkara ini mendapat suatu ketidakselesaan kepada Pengarah JPMK yang mana sepatutnya pada pandangan beluai sumbangan ini patut disalurkan melalui beliau, iaitu Kedutaan sendiri, kemudian beliau akan menyalurkan sumbangan ini kepada BKPJM. Akan tetapi kalau kita melihat daripada satu sudut, sumbangan yang diberikan oleh Dato’ Omar daripada Yayasan Pelajaran Johor, beliau adalah daripada Badan Berkanun. Badan Beranun ini ada peruntukan sendiri, tidak perlu kepada prosedur-prosedur yang begitu ketat. Jadi tindakan yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Omar tidak menyalahi prosedur-prosedur yang sebagaimana kita maklum. Cuma apa yang dibangkitkan itu adalah ketidakpuasan hati Pengarah JPMK kepada sumbangan yang diberikan. Itu sahaja. Itu masalah peribadi.

WB’04 : Ada komen bahawa terdapat fakta-fakta yang diselewengkan semasa sesi Dialog ini. Boleh beri sedikit ulasan?

TYDP : Tiada komen.

WB’04 : Dalam slot yang ketiga, dalam Mesuarat Agung Khas, kita telah mendapat reaksi ahli yang begitu rancak, boleh ustaz ulas?

TYDP : Berkaitan dengan Mesyuarat Agung Khas, yang telah diadakan, memang suasana agak rancak, dan persaingan yang agak tegang, walaubagimanapun pihak Pengerusi Sidang berjaya mengawal keadaan, yang mana sedia maklum, isu yang dibincangkn adalah isu pendaftaran, yang mana turut hadir Pengerusi Badan anak Johor itu sendiri, yang mana terdapat munakasah dan perjidalan yang berlaku, pro dan kontra berkaitan isu perdaftaran. Tetapi daripada ana, pendaftaran ini bukan berlaku atas dasar pelajar-pelajar takut kepada Badan Anak Johor, Tetapi pelajar lebih melihat akan kesatuan, dan kesan akan datang apabila tertubuhnya dua persatuan ini akan menyebabkan perpecahan kepada pelajar Johor yang begitu besar. Jadi dengan ini pelajar-pelajar lebih bersetuju dan lebih menyokong atas idea-idea yang telah diberikan bilamana BKPJM ini berdaftar, maka persatuan yang lain yang memecahbelahkan pelajar ini hendaklah dihapuskan, dibubarkan. Akan tetapi kita mendapat tentang daripada Pengerusi BAJ sendiri yang mana kita lihat seolah-olah BAJ itu akan terus hidup, berkembang, kekal dan tidak mahu dibubarkan. Ini pandangn peribadi ana.

WB’04 : Adakah sebarang usaha daripada BKPJM untuk memastikan Badan Anak Johor ini dibubarkan?

TYDP : Berkaitan dengan pembubaran BAJ itu, ia tertakluk kepada Kedutaan, yang mereka itu lebih berkuasa ke atas penubuhan BAJ, dan juga bergantung kepada Pengurusi BAJ, Saudara Fathur Rahman. Bagi kami kepimpinan BKPJM sangat-sangat tidak menggalakkan pertubuhan persatuan-persatuan yang boleh memecahbelahkan pelajar. Kami lebih suka sekiranya pelajar-pelajar ini dapat berhimpun dalam satu kelompok, satu suara dan satu pendapat. Dan kita dapat saling bantu-membantu dan memberikan kerjasama. Walaupun kalau kita lihat penubuhan BAJ itu seolah-olah untuk kepentingan kebajikan, dan juga (untuk kepentingan mendapatkan ) sumbangan-sumbangan yang disalurkan daripada Malaysia ataupun daripada Kedutaan sendiri untuk pelajar-pelajar Johor, akan tetapi bila mana BKPJM telah berdaftar, perkara ini kita telah maklum (tidak perlulah kepada penubuhan BAJ). Dan BKPJM ini adalah satu kesatuan induk yang besar, yang sewajarnya BKPJM ini diiktiraf oleh Kerajaan Negeri dalam memberikan sumbangan-sumbangan kepada pelajar. Tidak perlulah memandang kepada sebelah pihak, yang mana kalau kita lihat penubuhan BKPJM ini lebih lama dalam menjaga kebajikan pelajar Johor yang berada di Mesir. Penubuhan BAJ memang ramai ahli yang pertikai, masih tidak dapat menilai sejauh mana kemampuan yang akan dibawa oleh BAJ itu sendiri kepada ahli.

WB’04 : BKPJM telah bersetuju untuk berdaftar. Jadi boleh ustaz berikan pendapat?

TYDP : BKPJM telah bersetuju dan sepakat daripada perbincangan dalam Mesyuarat Agung Khas yang lalu, dan ahli bersetuju untuk mendaftarkan BKPJM itu di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, akan tetapi dengan syarat, dan syarat-syarat ini yang talah kita cuba perbincangkan, dan hasil-hasil perbincangan ini memakan masa yang agak lama, sebelum ia secara rasminya didaftarkan.

WB’04 : Maksudnya syarat itu belum dibuat?

TYDP : Syarat telah diperbincangkan dalam Mesyuarat Agung Khas yang lalu, pihak kepimpinan telah berbincang untuk mendetailkan, menyusun kembali syarat yang telah dikemukakan, supaya syarat-syarat ini bersesuaian untuk kedua-dua belah pihak, daripada pihak BKPJM sendiri, pihak Kedutaan, dan juga kepada PMRAM itu sendiri. Maknanya perkara ini menguntungkan kepada semua pihak. Tidak hanya menguntungkan kepada satu pihak sahaja.

WB’04 : Semasa Mesyuarat Agung Khas, AJKT dan HEWI tidak dibenarkan bersuara (memberikan pendapat). Boleh ustaz terangkan?

TYDP : AJKT dan juga HEWI tidak dibenarkan bersuara kerana usul ini dibawa oleh AJKT, iaitu usul berkaitan dengan pendaftaran. Dan kami mahu usul ini untuk dibincangkan oleh ahli supaya ahli tahu untuk menilai baik dan buruknya kesan daripada pendaftaran berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman atau pengamatan-pengamatan mereka kepada BKAN yang telah berdaftar. Dan AJKT tidak sama sekali dibenarkan bersuara kerana badan itu sendiri adalah hak ahli. Bukan hak kepimpinan.Bayangkan sekiranya AJKT mengambil langkah ini, maka di sana ada ketidaksesuaian ataupun ahli sendiri tidak setuju dengan keadaan yang berlaku. Mungkin di sana akan menyebabkan punca-punca perpecahan ahli.

WB’04 : Bilakah BKPJM akan mendaftar secara rasmi kepada pihak Kedutaan?

TYDP : Berkaitan dengan pendaftaran secara rasmi, setakat ini ana nak komenlah, sebab pengarah pun pulang ke Malaysia sekarang ini, dan mungkin insya Allah akan dimaklumkan pendaftaran BKPJM secara rasmi setelah pengarah pulang ke Mesir kembali.

WB’04 : Badan telah bersetuju untuk berdaftar. Apakah harapan ustaz berkaitan dengan pendaftaran ini?

TYDP : Berkaitan dengan pendaftaran ini ana berharaplah semoga pendaftaran ini bukannya suatu isu yang dimainkan oleh mana-mana pihak, ataupun pihak tertentu, dan berharap semoga daripada pendaftaran ini memberikan manfaat yang sangat besar kepada ahli, khususnya pelajar Johor dalam usaha Kerajaan Negeri ataupun mana-mana pihak menyumbangkan kewangan, zakat, pinjaman dan sebagainya kepada pelajar, untuk memudahkan lagi pelajar dalam mengikuti pengajian mereka di sini, dan sekaligus diharapkan perkara ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan Kerajaan Negeri, juga dengan pihak Kedutaan.

Sunday, November 27, 2005

Wawancara 1

Majalah : Al-Bashirah
Edisi : -
Kolum : Wawancara
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Wawancara dikendalikan oleh Mohd Zaki M. Noor, wartawan al-Basirah 2004, pada 26 Julai 2004, jam 2 petang, bertempat di Syaaqah 2 Rumah Johor.

Biodata Tokoh: Nama, Mohd Hafiz bin Mansur, berasal daripada Taman Aman, Senai, Johor Bahru, Johor, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Senai, seterusnya ke Sekolah Kebangsaan Agama Arab Kota Tinggi (3 Tahun), melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor (4 Tahun), seterusnya ke Universiti al-Azhar. Sekarang berada dalam tahun Kuliah Usuluddin, Kaherah. Anak kedua daripada enam orang adik beradik, dan merupakan satu-satunya yang menceburkan diri dalam aliran Bahasa Arab. Pengalaman berpersatuan, Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah (UDT) BKPJM, disamping memegang jawatan sebagai Badan Pengurus PMRAM, ditaklifkan dalam Badan Kebajikan Dan Tabung Derma.

Wartawan al-Basirah 2004 (WB ' 04) : Pertamanya, kita mulakan dengan bacaan Ummul Kitab, al-Fatihah. Saya wakil daripada al-Basirah, mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hafiz kerana sudi ditemuramah pada petang ini, semoga kerjasama yang diberikan akan memberikan manfaat kepada kita bersama. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

USTAZ HAFIZ : Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

WB ' 04 : Ustaz telah dilantik sebagai Badan Pengurus PMRAM (BP), apakah pendangan ustaz berkenaan hal ini?

USTAZ HAFIZ : Pada ana, perlantikan sebagai Badan Pengurus PMRAM merupakan satu tanggungjawab yang amat berat, sebagai seorang kepimpinan, walaubagaimanapun kita kena melihat kepimpinan merupakan satu tanggungjawab yang amat penting, selepas kejatuhan Khilafah Islamiah, maka kepimpinan merupakan satu benda yang perlu kita titik beratkan untuk menaikkan izzah Islam itu sendiri. Dan pada ana secara peribadi, sebagai mahasiswa, kita perlu menggarapkan diri kita dalam dua bidang, ilmu juga kita kuasai, kepimpinan juga kita kuasai, untuk kita terjun ke dalam masyarakat, kerana kesinambungan kepimpinan adalah sebahagian daripada aset terpenting, dalam menjana keutuhan sesebuah gerakan. Kalau kita lihat gerakan Islam semakin hari semakin tertindas. Siapakah yang hendak mengembalikan Khilafah Islamiah atau Daulah Islamiah? Melainkan dengan adanya satu kepimpinan yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, untuk menggerakkan semula gerakan-gerakan Islam ini menjurus ke arah dasar al-Quran dan as-Sunnah.

WB ' 04 : Apakah tindakan yang dirancangka dalam kepimpinan BP nanti?

USTAZ HAFIZ : Secara umumnya, semua badan pengurus terlantik tiada tanggungjawab yang lebih besar melainkan peranan mereka dalm mempertahankan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir,PMRAM, yang mana telah 70 tahun lebih ditubuhkan, tidak lain tidak bukan semua badan pengurus berperanan untuk menjaga keutuhan, kesatuan PMRAM selaku wadah perjuangan mahasiswa al-Azhar di Mesir. Namun bagi Badan Kebajikan dan Tabung Derma yang ana pegang, ana akan cuba menggarapkan kembali dua aset terpenting iaitu menjaga kebajikan ahli dan juga mencari dana-dana untuk ahli. Dan seperti mana kita ketahui TFM, Tabung Filantrofi Massa, yang mana tabung ini kita akan cuba garapkan kembali supaya ada ahli-ahli kita yang menyumbang dan duit ini kita akan salurkan sebaik-baiknya kepada ahli. Dan keduanya Tabung Dana Van. Sebagaimana kita ketahui Tabung Dana Van ini merupakan satu dana untuk kita memberli sebuah van yang mana digunakan untuk kebajikan ahli dan juga pengurusan PMRAM itu sendiri supaya lebih mudah dalam segala urusan. Ana cuba membawa kebajikan kepada ahli sebaik mungkin dalam menyalurkan sumbangan-sumbangan dan kewangan-kewangan, dan mana-mana ahli juga yang memerlukan kebajikan dari sudut kewangan atau bantuan dan sebagainya, jangan segan-segan untuk meminta bantuan daripada pihak PMRAM itu sendiri, melalui BKAN dan DPM. Dan kita akan cuba sedaya upaya diperingkat PMRAM untuk memberi bantuan sebaiknya.

WB ' 04 : Makrufnya sekarang ini, Ustaz Hafiz masih lagi memegang jawatan dalam BKPJM, dan dalam masa yang sama Ustaz Hafiz adalah seorang BP PMRAM. Adakah untuk fatrah akan datang ini, Ustaz Hafiz akan terus menyumbang tenaga dalam BKPJM?

USTAZ HAFIZ : Ya, jawapan ana yang pertama adalah ya, kita tetap akan menyumbangkan tenaga, buah fikiran, idea kita untuk BKPJM, kerana BKPJM juga merupakan satu persatuan yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir. Selaku pelajar Johor, kita seharusnya mempertahankan BKPJM dan menyumbangkan tenaga yang sebaik-baiknya untuk BKPJM. Bukannya sumbangan yang kita perlu berikan semasa kita menjadi kepimpinan, tetapi, bila mana kita bergelar pelajar yang menjadi ahli Johor, maka kita perlu menyumbang sebaik-baik sumbangan untuk BKPJM itu sendiri. Tetapi yang paling penting kita membentuk kesatuan, bagaimana kita hendak membentuk wehdah, dan juga menjaga kebajikan ahli sama ada di peringkat Johor atau pun di peringkat PMRAM. Itu yang utamanya. Manakala pentaklifan sebagai kepimpinan, jawatan itu adalah satu pemudah cara untuk kita terus menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab, dengan adanya mas'ul, adanya organisasi. Kerana kita perlu melihat undang-undang ini merupakan satu benda yang penting, seperti mana yang telah dinyatakan oleh sahabat nabi, Satu kebenaran yang tidak ada nizhom (undang-undang) akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai nizhom (undang-undang). Walaupun kebenaran, tetapi bila mana kita tiada nizhom, tiada organisasi, tiada susunan yang betul, maka akan dikalahkan oleh mereka yang mempunyai nizhom, walaupun benda itu batil. Jadi kepimpinan ini merupakan satu pemudahcara untuk kita susun kembali strategi dan langkah-langkah.

WB ' 04 : Sekiranya dicalonkan sekali lagi sebagai AJKT BKPJM, adakah ustaz akan menerimanya?

USTAZ HAFIZ : Soalan yang agak berat. Pada ana, secara peribadi memang tidak sanggup untuk memegang dua jawatan di peringkat PMRAM, kemudian pegang jawatan di peringkat BKPJM. Tetapi a'la kulli halnya, ana melihat insya Allah kepimpinan di peringkat BKPJM sendiri tidak ketandusan kepimpinan, ataupun pelapis. Dan merasakan masih ada lagi pelapis untuk menggantikan tempat ana, ana bukannya gila kuasa untuk pegang dua dan sebagainya, tetapi a'la kulli hal, ana tetap akan cuba menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk BKPJM walau apa jua keadaan sekalipun.

WB ' 04 : Bagaimanakah ustaz mengimbangkan masa antara persatuan dan pelajaran?

USTAZ HAFIZ : Tentang pembahagian masa pula, kita selaku pelajar agama seharusnya perlu bijak membahagikan masa, dan kalau kita melihat kebanyakan pelajar-pelajar kita ini bukan tidak pandai membahagikan masa, tetapi lebih mengutamakan masa rehat. Selaku kepimpinan, ana merasakan tanggungjawab ana besar, belajar dan memimpin. Jadi kita kena kurangkan masa rehat kita, kena pandai membahagikan masa kita. Mungkin kadang-kadang kita belajar waktu orang sudah tidur, kita menggunakan peluang-peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Kita perlu merancang kehidupan harian kita. Hari ini kita hendak berbuat apa, setiap saat kita hendak berbuat apa, supaya perancangan kita ini tidak memakan diri kita sendiri, menyebabkan kita gagal dalam pelajaran, ataupun apa yang kita rancangkan diperingkat kepimpinan akan gagal. Walaubagaimanapun kita perlu merancang , kuliah sebaik-baiknya jangan kita tinggalkan, selagi mana tiada progam kita pergi kuliah, dan balik daripada kuliah cuba kita rancang program untuk kepimpinan pula. Kita cuba curi-curi masa, kurangkanlah masa-masa rehat itu.

WB ' 04 : Seterusnya, apakah harapan kepada PMRAM dan BKPJM?

USTAZ HAFIZ : Harapan ana kepada PMRAM dan BKPJM agar semua ahli PMRAM secara amnya, dan ahli BKPJM khususnya, agar dapat kita sama-sama bernaung di bawah PMRAM itu sendiri, dengan berpegang pada dasar al-Quran dan as-Sunnah. Ana tidak mengatakan kita perlu intima' ataupun meletakkan wala' dengan BKPJM dan PMRAM seratus peratus, tetapi kita kena pegang, selagi mana PMRAM dan BKPJM meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai dasar, ana mengharapkan ahli-ahli BKPJM, ahli-ahli BKPJM bersatu di bawah naungan PMRAM dan BKPJM untuk kita membentuk satu wahdah, kesatuan, dan juga seterusnya menyambung kesinambungan Islam itu sendiri, yang mana meletakkan wahdah itu satu benda yang penting, sebagaimana yang dikatakan oleh Hassan Al-Banna, ' Awwalul Quwwah, Quwwatul Wehdah'. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan wahdah. Bagaimana kita hendak menggerakkan masyarakat kita di Malaysia nanti, di tanah air apabila kita pulang, jika kita tidak ada kesatuan yang mantap, yang mana kita mulakan daripada BKPJM, di sini lagi.

WB ' 04 : Saya wakil daripada Basirah, mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hafiz. Semoga kerjasama yang diberikan akan memberikan manfaat kepada kita. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.

USTAZ HAFIZ : Waalaikumussalam warahmatullah.

Saturday, November 26, 2005

Pelajar disamun

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Pelajar disamun

Beberapa kes samun dilaporkan sepanjang sesi ini melibatkan beberapa mahasiswa Johor. Mahasiswa diingatkan agar menitikberatkan soal keselamatan dengan mengambil langkah waspada berganda termasuk mengelakkan kecuaian meletakkan barang berharga ditempat yang mudah diseluk seperti kocek baju, kocek seluar dan bahagian tepi beg. Barang yang selalu menjadi tumpuan penjenayah termasuk dompet dan telefon bimbit diambil luar sedar. Namun, diantara beberapa siri samun yang terjadi, kedapatan juga sebahagian penjenayah secara berani menyamar sebagai anggota keselamatan dan memperdaya segelintir mahasiswa kita. Mengikut laporan, mangsa diperdaya untuk menaiki kenderaan penjenayah dan beberapa harta benda berharga telah dirampas ketika itu. Sebagai langkah keselamatan, elakkan menaiki kenderaan orang asing dan cuba memilih lokasi yang ramai orang bagi meminimumkan risiko disamun. Mahasiswa juga boleh menghubungi terus Presiden PMRAM mahupun YDP BKPJM sebagai langkah berhati-hati. Setakat ini, kes samun hanya melibatkan pihak ikhwah, namun statistik ini tidak harus dipandang ringan oleh akhawat sehingga mengabaikan keselamatan kerana ia memungkinkan berlakunya pencerobohan terhadap harta dan maruah individu.

Balik Kampung.

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Balik Kampung.

Tradisi balik kampung selepas imtihan fasa thani di kalangan mahasiswa dan mahasiswi terus meronai keadaan. Walaupun harga tiket semakin meningkat mencecah US900 untuk tambang pergi dan balik, namun jumlah ahli yang pulang sementara tahun ini tetap mencatatkan angka yang tinggi. Timbalan Yang Dipertua BKPJM mengingatkan ahli agar menimbangkan ide pulang ke kampung dan membandingkannya dengan manfaat bertalaqi dan menimba ilmu di waktu senggang. Peluang memperkasa thaqafah patut direbut sebaiknya demi mengayakan tharwah di dada. Walaubagaimanapun, tiada larangan untuk ahli pulang ke Malaysia, namun ia tetap mencatatkan jurang perbezaan yang tinggi antara pulang sementara dengan menggunakan waktu untuk menimba ilmu dan thaqafah.

Friday, November 25, 2005

Emel Baru Sukej

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Emel Baru Sukej

SUKEJ dalam usaha memperkemas pengurusan suara kampusnya telah memperkenal emel baru yang lebih mesra pelanggan, esukej@yahoo.com. Usaha ini dilihat sebagai satu pemudahcara dalam menyalurkan sumbangan kepada Sukej disamping mendapatkan komentar terus dari pembaca. Sidang Editorial SUKEJ sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada semua pembaca. Semoga dengan emel baru ini akan melancarkan lagi gerak kerja Sukej seterusnya merancakkan agenda penulisan di ardil kinanah ini.

Akademi Medan Pena

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Akademi Medan Pena

Lajnah Penerangan dan Penerbitan dalam usahanya memperkasa agenda penulisan telah menubuhkan sebuah akademi penulisan yang diberi nama – Medan Pena. Simbolik nama ini membawa pengertian bahawa; penulisan hanya menjadi realiti apabila ia dipraktik dan ia perlu dibuktikan melalui usaha amali. Akademi yang dirancangkan terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 siri telah menjadikan dua genre - kreatif dan non kreatif, sebagai pengisian utama. Siri pertama yang berlangsung pada 30 Jun yang lalu telah dijayakan dengan manhaj membedah Sukej, disamping perasmian oleh Yang Di Pertua BKPJM, Ustaz Nazar Misran. Aktiviti kali kedua dilakukan dua minggu berikutnya pada 14 Julai dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Akademi ini ditubuhkan demi memberi peluang dan ruang kepada penulis muda mendalami ‘praktikal menulis secara terbimbing’. Kepada ahli yang berminat, peluang masih dibuka dengan berdaftar kepada mas’ul yang terlantik. Semoga usaha murni ini mendapat kejayaan yang dicitakan.

Thursday, November 24, 2005

Penjilidan SUKEJ

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Penjilidan SUKEJ

Sebagai usaha mempertingkat nilai mesra pembaca di kalangan peminat setia SUKEJ, Lajnah Penerangan dan Penerbitan telah menawarkan penjualan SUKEJ berjilid dengan harga yang sangat murah melibatkan tiga siri iaitu 1999/2000, 2000/2001 dan 2002/2003. Hasil permintaan, LPP bersedia menjilid SUKEJ koleksi peribadi pembaca dan hingga kini telah menerima beberapa tempahan untuk proses penjilidan ini. Pihak SUKEJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Teruskan bersama SUKEJ.

Imtihan Fasa Thani

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Imtihan Fasa Thani

Imtihan fasa thani yang bermula sekitar awal mei dengan imtihan syafawi dan tahalluf disusuli imtihan tahriri pada minggu ketiga bulan yang sama. Peperiksaan fasa 2 ini dilihat agak panjang berbanding siri-siri peperiksaan yang sebelumnya. Tarikh akhir peperiksaan tidak selaras dengan sebahagian kuliah menamatkan peperiksaan di minggu pertama bulan 6 dan kedapatan sebahagian mereka mengakhiri peperiksaan di minggu pertama bukan 7. Walaubagaimanapun, peperiksaan berjalan dengan lancar dan tiada masalah besar berlaku sepanjang musim peperiksaan. Pihak kepimpinan mengucapkan selamat berjaya kepada semua ahli dalam mengharungi imtihan saban tahun.

Wednesday, November 23, 2005

Ramah Mesra Bersama Timbalan Mufti Johor

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Ramah Mesra Bersama Timbalan Mufti Johor

Rumah Johor, 28 Julai 2005 – Majlis Ramah Mesra bersama Dato’ Haji M Tahrir bin Dato’Kiyai Haji Shamsuddin, Tim. Mufti Negeri Johor telah dihadiri oleh sejumlah hampir 150 orang ikhwah juga akhawat. Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dalam suasana yang gelap akibat keputusan bekalan elektrik secara tiba-tiba sejurus makanan dihidangkan.

Hampir azan isya’ bekalan elektrik kembali pulih dan acara kedua dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP BKPJM, Ustaz Mohd Nazar bin Misran. Turut mengikuti Dato’ di majlis ini, Ustaz Burhanuddin bin Haji Tibek, Pegawai Tadbir Agama Daerah Johor Bahru (Kadi Daerah Johor Bahru) dan Encik Mohd Ariffin bin Abdul Hamid, Pegawai Atase Bahagian Kebajikan, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Tepat jam 9.45 malam, Encik Ariffin diberi penghormatan untuk memberikan ucapan sebelum majlis diserahkan kepada Dato’ lima belas minit kemudian.

Dato’ mengingatkan hadirin beberapa perkara termasuk kepentingan Bahasa Inggeris dan IT untuk dikuasai. Selain melangsai tujuan utama kedatangan beliau ke sini – memberikan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 di Mesir; beliau menyatakan keprihatinan terhadap urusan pembelian rumah Johor kedua, dijangka akan digunakan untuk maslahat akhawat. Wang zakat sejumlah RM 252,000 diserahkan kepada wakil pelajar, Ustaz Mohd Nazar Misran untuk diagih-agihkan kepada para pemegang zakat. Beliau turut mempelawa bakal lepasan Syariah Islamiyah dan Dirasat Islamiyah untuk pulang menyertai Diploma Pengurusan dan Kehakiman Islam seawal bulan November ini, anjuran MARSAH bersama Universiti Islam Antarabangsa.

Majlis diteruskan dengan acara soal jawab bersama Dato’ sebelum diakhiri oleh bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fairuz bin Tamjis. Majlis berakhir tepat jam 11.00 malam dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr.

BCC

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

BCC

BKPJM Cyber Cafe, atau singkatannya, BCC, bakal menemui ahli hasil kerjasama AJKT dan dua pakar komputer yang merupakan ahli BKPJM juga, Rozlan Hamin dan Mohd Najib Zainal. Dua orang juruteknik ini telah bertungkus-lumus membaikpulih sejumlah 8 komputer yang bakal digunakan sepanjang perkhidmatan ini. Melalui perbincangan dengan AJKT, sebanyak 5 komputer akan diletakkan di syaqqah 6 untuk kegunaan muslimat, dan 3 komputer pula akan diletakkan di ruang BCC, di dewan untuk kegunaan fata. Namun setakat ini, ia masih belum beroperasi kesan kelewatan syarikat perhubungan menyebabkan usaha terhenti seketika. Walaupun begitu, proses selenggara dan baikpulih telah selesai dan akan beroperasi secara rasmi pada awal Ogos. Menurut mas’ul, harga penggunaan satu pc adalah segenih bagi setiap lima puluh minit dengan sistem kupon. Pihak BKPJM mendahulukan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan rancangan ini terutamanya kepada Ustaz Rozlan Hamin dan Ustaz Mohd Najib Zainal.

Tuesday, November 22, 2005

Pertandingan Menulis Artikel, Cerpen dan Sajak.

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Pertandingan Menulis Artikel, Cerpen dan Sajak.

Rumah Johor 7 Julai 2005 - Pihak LPP telah menamatkan satu pertandingan menulis artikel, cerpen dan sajak yang dianjurkan sejak tempoh bermula pertengahan April hingga awal Julai 2005. Penyertaan yang diterima amat membanggakan dengan hasil karya terkumpul sebanyak 19 sajak, 6 artikel dan 5 cerpen. Penyertaan di pihak ikhwah boleh dibanggakan dengan penghantaran paling awal dan terbanyak. Namun, kita masih berpuashati dengan penyertaan akhawat dalam semua ketegori yang dipertandingkan. Satu sajak dan satu cerpen telah tersingkir kerana kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan. Seramai 5 orang juri dilantik membabitkan hakim daripada muhafazah Mansurah, Kaherah, Iskandariah dan daripada Malaysia. Keputusan bakal diumumkan pada bulan Ogos ini dan karya-karya terpilih akan dimuatkan dalam SUKEJ keluaran akandatang. Walaupun berbagai-bagai kesulitan dihadapi membabitkan kelewatan penghantaran penyertaan dan masalah penghakiman, namun kejayaan dalam menganjurkan pertandingan ini cukup untuk memberikan pengalaman dan ilmu buat semua peserta. Pihak LPP BKPJM mengucapkan jutaan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian, tidak lupa juga sekalung terima kasih kepada pengadil yang bertungkus-lumus mengadili karya-karya terbabit.

Monday, November 21, 2005

Penghijrahan Penghuni Rumah Johor ke Rumah Sewa.

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Penghijrahan penghuni Rumah Johor ke rumah sewa.

Para penghuni Rumah Johor yang melibatkan mahasiswa baru tahun 1 dan muadalah diingatkan agar tidak keluar terlalu awal daripada Rumah Johor kerana dibimbangi ketiadaan penghuni bagi mengawasi keselamatan rumah negeri, terutamanya ikhwah. Tambahan pula, kita masih memerlukan tenaga-tenaga penghuni bagi menjaga kebersihan disamping memantau keselamatan akhawat-akhawat kita. Agenda dan program BKPJM juga memerlukan sokongan ahli terutama penghuni Rumah Johor dalam urusan seperti penyelia tempat pembantu masakan. Selain menyambut kedatangan mengejut tetamu daripada Malaysia, penghuni Rumah Johor diperlukan untuk melaporkan kerosakan-kerosakan dan permasalahan struktur bangunan dan peralatan di rumah negeri. Penghijrahan terlalu awal akan mengakibatkan ketiadaan pemantau dalam banyak hal termasuk urusan bayaran air, elektrik dan gas juga perkhidmatan mengutip sampah. Setakat ini, hampir separuh penghuni ikhwah telah keluar ke rumah sewa dan ini mengakibatkan Rumah Johor kehilangan serinya sebelum ketibaan mahasiswa baru.

Sunday, November 20, 2005

Kalam Ketua Pengarang

Majalah : Al-Jauhar 3
Edisi : Saifi
Kolum : Tinta Ketua Pengarang
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Ogos 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Kalam Ketua Pengarang

Setelah keluaran edisi Aidil Adha yang lalu, Al-Jauhar banyak mengambil masa demi mengeluarkan keluaran ketiga tahun ini. Barangkali demi melatih tanaga baru agak memakan masa, tetapi ia perlu tetap dikeluarkan demi memastikan maklumat dapat disampaikan terus kepada ahli.

Mungkin kita masih mengingati ketibaan Y.A.B Menteri Besar Johor sekitar awal februari dahulu, ataupun Bazaria Sri Johor pertengahan Mac, juga kematian seorang siswa akibat tonser dan paru-paru berair di bulan April, mahupun imtihan fasa thani sepanjang Mei dan Jun. Kini, kita menanti natijah di bulan Julai. Semua ini adalah rentetan peristiwa yang berlalu dan hampir-hampir dilupakan.

Tidak cukup setakat itu, pebagai aktiviti dilaksanakan dengan rancak walaupun menerima kehadiran ahli yang agak susut akibat kepulangan ke tanahair. Agenda BKPJM seperti Hari Keluarga, muzakarah berkelompok, akademi penulisan, Solat Hifzi dan pelbagai aktiviti lagi diselangseli dengan majlis individu termasuk pernikahan dan majlis doa selamat. Barangkali ada sesiapa yang masih belum melupakan beberapa masalah yang melanda seperti krisis air Rumah Johor dan kes samun pelajar.

Ataupun kalau kita mengambil sikap membuka mata, kita akan sedar kewujudan kelas kompang, penjilidan Sukej, program Rehlah ke Matrouh dan Siwa, pertandingan menulis artikel cerpen dan sajak, laman web baru BKPJM, pertandingan Islamic Presentation, pertandingan mereka cover Sukej, majlis ramah mesra bersama tetamu dari Malaysia juga BCC, BKPJM Cyber Cafe. Masihkah akal tegar memikirkan, apakah halnya Asrama Pelajar Johor di Iskandariah ataupun Rumah Johor yang baru di Sabie’?

Barangkali, zakat dan keterlewatannya lebih mengundang keprihatinan kita. Tetapi, sesekali menjengah Rumah Johor jangan lupa bertanyakan; bila proses islah kali kedua akan berjalan?

Mungkin bebanan tugas yang berguni menyebabkan kelewatan Al-Jauhar kali ini. Saya sebagai wakil Al-Jauhar meminta maaf di atas kelewatan melaporkan peristiwa yang sebenarnya amat penting diketahui oleh semua ahli BKPJM, tetapi dimajhuli kita hingga akhirnya menambah jarak jurang pada setiap jambatan penghubung. Itulah, tetapi ia akhirnya sampai juga ke tangan anda.

Ketua Pengarang.

Saturday, November 19, 2005

Berita Ringkas

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Berita Dari Bendahari

Yuran Tahunan
Kepada semua ahli yang belum menjelaskan bayaran yuran tahunan BKPJM diminta menyemak kadar bayaran masing-masing dan menjelaskannya kepada Bendahari BKPJM, Ustaz Azman Shaari bagi membantu sedikit sebanyak mengukuhkan sumber kewangan Badan. Kerjasama semua amat-amat dihargai. Terima Kasih.

Khuf
Pihak Kedai Al-Jauhar melalui iklan yang lalu mempromosikan khuf sebagai produk terkini. Para pembeli bolehlah mendapatkannya di kedai al-Jauhar dengan harga istimewa LE 28 dengan pelbagai saiz dan warna. Dapatkannya untuk menghadapi musim sejuk. Segera sebelum kehabisan.

Berita Dari UPB

Raih Imtiaz
Unit Pengetahuan Dan Bimbingan telah mengadakan Raih Imtiaz Siri Pertama pada 20 November 2004 yang lalu. Program ini bertujuan memberi penerangan mengenai setiap madah di kuliah dan situasi imtihan kepada semua mahasiswa baru tahun ini bagi setiap syukbah. Penerangan diberikan oleh wakil setiap kuliah. Semoga berjaya meraih Imtiaz.

Kelas tambahan
Bagi menghadapi peperiksaan fasa awal yang lalu, UPB telah berusaha keras menemukan beberapa tenaga pengajar bagi beberapa madah yang difikirkan perlu. Di kesempatan ini, Pihak UPB ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terdiri daripada Ustaz Nordin Abdullah, Ustaz Yohanas Misuan, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman, Ustaz Mohd Hafiz Mansur, Ustaz Zainudin Salam, Ustaz Najib Zainal, Ustaz Syafiq Elias dan beberapa tenaga pengajar lagi juga dari pihak akhawat. Sekalung ucapan terima kasih untuk kalian.

Berita Dari UKTD

Pelancaran Tabung Derma Tsunami
Pada 6 Januari 2005 yang lalu, UKTD BKPJM telah berkerjasama dengan BKTD PMRAM bagi melancarkan tabung derma kilat kepada mangsa-mangsa tsunami. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Hafiz Mansur sebaik sahaja selesai diadakan solat hifzi buat kali yang terakhir. Pihak UKTD mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang prihatin, dan teruskan menderma dengan menghubungi Ustaz Firdaus Sulaiman atau terus kepada Badan Pengurus PMRAM sebagai menyatakan keprihatinan anda. Jumlah kutipan derma kilat daripada ahli BKPJM berjaya mencecah 1500 pound Mesir.

Berita Dari UPR

Gotong royong perdana
UPR dalam agenda menyambut YAB Menteri Besar Johor menyeru kepada seluruh ahli untuk hadir ke program gotong-royong perdana yang diadakan dalam tempoh selepas kerja pembaikpulihan fasa satu menemui penghujungnya. Kerja mengemas maktabah dan susun atur semula, pembersihan luar dan dalaman Rumah Johor akan dilakukan demi menjaga nama baik BKPJM. YAB Menteri Besar dijangka tiba di Mesir pada 12 Februari ini.

Pejabat Sementara
Pejabat BKPJM berpindah ke sutuh sementara kerja pembaikpulihan dewan berjalan. Sebarang maklumat hubungi exco berkenaan.

Ucap tema
BKPJM melalui program mega tahunannya memilih tarikh 26 Januari 2005 ini sebagai hari Ucap Tema BKPJM dengan tema tahun ini; Al-Wahdah Asas Al-Quwwah. Program ini dijangka bermula tepat jam 9.00 pagi di ARMA hingga sebelum asar. Semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program mega tahunan ini.

Berita Dari UPSR

Rehlah Sinai
Unit Persekolahan, Sambutan dan Rehlah (UPSR)merancang mengadakan Rehlah ke Semenanjung Sinai dipertengahan bulan Februari ini. Menurut Ketua UPSR, Ustaz Ahmad Saufi Mustafa, tarikh 15 Februari telah dipilih tanpa perubahan sekiranya tidak bertembung dengan kunjungan Menteri Besar Johor dan rombongan yang dijangka tiba pada 12 Februari ini. Rehlah ini dibuka kepada pihak ikhwah, sementara untuk akhawat pula di bawah kelolaan HEWI PMRAM dalam 4 rombongan. Rombongan pertama pada 30 Januari hingga 1 Februari, rombongan kedua pada 6 hingga 8 Februari, rombongan ketiga pada 13 hingga 15 Februari, dan rombongan keempat pada 21 hingga 23 Februari.

Ziarah Makam Aulia
Pada hari Rabu, 20 Oktober 2004 yang lalu, 3 van sewa membawa para penziarah yang terdiri keseluruhannya daripada siswi terkecuali 3 musyrif, Ustaz Asmuni Hasbullah, Ustaz Zainudin Salam serta isteri, dan Ustaz Masnor Hamzah serta isteri. Ziarah ini memilih lokasi sekitar Kaherah seperti program tahun-tahun sebelumnya. Pihak BKPJM merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua.

Rehlah Port Said
Seramai 60 siswa termasuk empat AJKT dan seorang BP PMRAM telah bertolak ke Port Said dalam satu rehlah 1 Novermber 2004 yang lepas. Rehlah ini menyaksikan sebuah bas dan van disewa sepanjang tempoh bermula 7 pagi hingga menjelang maghrib. Buat kali pertama, mahasiswa baru kita berbuka diperhentian kerana maghrib menjelang dalam perjalanan pulang. Sekalung terima kasih buat Ustaz Hafiz Mansor, Ustaz Azman Shaari, Ustaz Ahmad Saufi Mustafa dan Ustaz Mohd Yazid Pardi kerana meluangkan sedikit masa memandu mahasiswa baru.

Berita Dari UDT

Solat hifzi
Sepanjang tujuh minggu berturut-turut bermula 25 November 2004 hingga 6 Januari 2005 yang lalu, Unit Dakwah dan Tarbiah telah menganjurkan solat hifzi sempena musim peperiksaan. Sedikit jamuan disediakan setelah solat dan ditanggung sepenuhnya oleh Badan. Jutaan terima kasih kepada Imam-Imam yang bekerjasama membantu melicinkan program; Ustaz Razif Mohd Sayuti, Ustaz Muhammad Hasbullah Amat, Ustaz Mohd Rasul Amat, Ustaz Nik Ahmad Syahir Nik Salleh dan Ustaz Mohd Hafiz Mansur. Jasa anda semua semoga Allah membalasnya berlipat kali ganda.

Kursus Mandi Jenazah
Unit Dakwah dan Tarbiah sedang merencana sebuah kursus Mandi Jenazah yang dijangka berlangsung dalam Hari Thaqafah BKPJM, bergabung dengan Unit Pengetahuan dan Bimbingan. Kursus ini dijangka berlangsung di penghujung bulan Februari. Semua ahli diharapkan dapat menyertai program ini. Dapatkan tarikh terkini melalui pekeliling yang akan dikeluarkan.

Tayangan Ilmiah daripada Sirah Nabi dan Aulia
Menurut Ketua Unit Dakwah dan Tabiah, Ustaz Mohd Yazid Pardi, sebanyak dua tayangan bersiri berada dalam perancangan untuk disiarkan berikutan daripada sumbangan LCD Projektor daripada Majlis Agama Islam 17 Januari lalu. Dua tayangan itu ialah Maryam al-Muqaddasah dan Ashabul Kahfi yang dilengkapi juga dengan terjemahan ke bahasa Melayu.

Berita Dari LKKS

Zikra Kali Kedua
Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan di bawah Timbalan Setiausaha akan mengeluarkan Zikra buat kali yang kedua dengan proses pembikinannya bermula selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha dan dijangka siap sebelum peperiksaan fasa thani berlangsung. Sehubungan dengan itu, seluruh ahli BKPJM diminta bersiap sedia menyerahkan maklumat peribadi berserta sekeping gambar untuk tujuan itu. Menurut Ustaz Azhari Gerto yang merupakan Ketua LKKS, borang akan dikeluarkan dan hanya ikhwah sahaja diminta menyerahkan gambar. Sebarang pertanyaan boleh merujuk terus kepada beliau.

Perlawanan Bola Sepak
Pada 23 haribulan Januari yang lalu, LKKS BKPJM telah menganjurkan perlawanan bola sepak antara ahli yang berlangsung di suk sayyarat dengan tujuan merapatkan silaturrahmi sesama anggota. Sukan ini adalah program tahunan yang merupakan kesinambungan ribat ukhuwah yang masih diteruskan dari masa ke semasa.

Gelanggang Takraw
Keprihatinan LKKS dalam menyediakan kemudahan sukan buat warganya terbukti dengan ubahsuai balai tepi Rumah Johor daripada balai kekal kepada balai pasang buka. Kepada ahli yang meminati sukan warisan ini, anda boleh menggunakannya sepanjang balai tidak digunakan.

Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Berserta Rombongan.

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor Berserta Rombongan.

ARMA, 17 Januari 2005 – Kehadiran beberapa kenamaan dari Negeri Johor diraikan dalam satu majlis ramah mesra di sini. Sepuluh minit selepas tujuh malam, paluan kompang oleh Skuad Kompang Johor mengiringi ketibaan tetamu kehormat ke dalam dewan. Mereka ialah Dato’ Dr Ibrahim Endan, Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor, Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato’ Mohd Noh Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor, Sohibul Fadhilah Tuan Haji Shaari Abdullah Al-Hafiz, Penolong Pengarah Undang-Undang Syarak merangkap Kadi Besar Negeri Johor, Tuan Haji Yahya bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitul Mal dan Wakaf Negeri Johor, dan Tuan Haji Mohd Puzi Dahman, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Lima minit selepas itu, majlis dibuka dengan bacaan Ummul Furqan, Al-Fatehah dengan dipengerusikan oleh Saudara Mohd Firdaus Sulaiman. Ucapan pembukaan disampaikan oleh Yang DiPertua BKPJM, Ustaz Mohd Nazar Misran, diikuti ucapan Tuan Haji Mohd Puzi Dahman tepat jam 7.28 malam. Tujuh minit kemudian, majlis mempersilakan Dato Ibrahim Endan, Pengarah Jabatan Agama Johor menyampaikan ucapan sebelum Dato Mufti Mohd Noh Gadut mengambil tempatnya pada pukul 7.53 minit malam.

Majlis yang antara lain merupakan sesi makluman kepada semua hadirin berkaitan beberapa perkara, terutamanya mengenai kehadiran YAB Menteri Besar Johor pada awal Februari, beberapa taujihat dan nasihat buat mahasiswa/i serta perkongsian pengalaman bersama tokoh-tokoh kenamaan ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian LCD Projektor kepada BKPJM dan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

Sesi dialog terpaksa dibatalkan memandangkan ruang masa yang terhad. Sekitar 120 orang mahasiswa dan 50 orang mahasiswi turut hadir dalam majlis ini. Beransur jam 9.15 malam, majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Yahya Ahmad dan jamuan.

Friday, November 18, 2005

Islah Rumah Johor - Fasa Satu

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Islah Rumah Johor - Fasa Satu

KAHERAH, 1 Januari 2005 – Rumah Johor mula menjalani proses pembaikpulihan buat kesekian kalinya dengan peruntukan sekitar LE 300 000 hasil sumbangan daripada Majlis Agama Islam dan Kerajaan Negeri Johor. Proses pembaikpulihan yang melalui dua fasa diuruskan oleh Syarikat Manyalawi dengan fasa pertama melibatkan proses mengecat bahagian luar bangunan, menukar tingkap, dan baik pulih dewan. Fasa satu ini lebih menumpukan kepada pembaikpulihan bahagian luaran Rumah Johor sebelum menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada awal Februari ini.

Menurut Ketua Unit Perumahan BKPJM, Ustaz Hafiz Noramli Halimi, proses pembaikpulih akan disempurnakan meliputi dalam dan luar Rumah Johor selepas kedatangan YAB Menteri Besar. Beberapa ubahsuaian baru dibuat termasuk menyediakan tandas untuk lelaki dan perempuan di dewan, juga tempat wuduk untuk wanita. Alat penghawa dingin diletakkan di kawasan maktabah, dewan dan BCC dengan ruangan maktabah sekarang ini dibahagi dua, satu ruangan untuk maktabah dan satu ruangan lagi khas untuk akhawat. Rak-rak buku yang lama diletakkan di setiap syaqqah dan diganti dengan rak-rak buku yang baru.

Di sutuh pula, kerja pembaikan dan ubahsuai melibatkan pembikinan pegola, kerja penukaran jubin dan tambahan ruangan stor. Setiap bilik pula mendapat pintu baru, dan dijangkakan akan mendapat tingkap baru tidak lama lagi. Sumbangan kontraktor turut diterima dengan tanda nama Rumah Johor ditanggung oleh Syarikat Manyalawi. Tambah beliau lagi, kedatangan Pengarah Jabatan Agama Johor dan Dato’ Mufti berserta rombongan turut ke Iskandariah untuk memilih imarah baru untuk disewa khas buat siswi Johor di sana. Proses pemilihan mendapat kerjasama daripada wakil Kedutaan, Encik Zailuddin Salimon.

Majlis Ramah Mesra Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Rombongan

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Majlis Ramah Mesra Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Rombongan

RUMAH JOHOR, 25 Disember 2004 – Asrama Pelajar Johor terus-menerus menjadi tumpuan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berserta rombongan dalam satu majlis ramah mesra di dewan Ibnu Sina, APJ. Ketibaan tetamu kehormat seawal jam 7.05 malam memberi isyarat supaya majlis berjalan selancar mungkin memandangkan berada dalam fatrah imtihan fasa awal. Namun kehadiran amat memberangsangkan melebihi seratus orang dengan 60 peratus siswa dan 40 peratus siswi.

Rombongan dikepalai oleh Dato’ Mohd Razali Mahusin, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dan di sertai oleh Ustaz Anuar Sarimin, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan di Jabatan Agama Negeri Johor, dan Tuan Haji Yahya Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitul Mal dan Wakaf Negeri Johor

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Norden Abdullah mempersilakan Yang DiPertua BKPJM untuk menyampaikan ucapan ringkas. Tepat jam 7.15 malam, ucapan disampaikan oleh SUK Negeri Johor, Dato Mohd Razali Mahusin. Dua puluh minit kemudian, sesi dialog bersama tetamu kehormat dibuka dengan beberapa soalan diterima.

Dalam ucapannya, Dato’ Mohd Razali menerangkan berkenaan usaha pembaikan Rumah Johor yang ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Johor dalam dua fasa, fasa satu lebih tertumpu kepada proses cat dan baik pulih luaran. Fasa dua pula bakal berlangsung setelah ketibaan YAB Menteri Besar.

Bantuan Zakat telah diperpanjang kepada mahasiswa tahun 3 dan tahun 4 dengan kadar bantuan asal, RM 3600, tidak termasuk yuran pengajian. Mahasiswa yang disahkan menerima zakat dibenarkan membuat tuntutan semula yuran pengajian tahunan dengan kadar yang dimaklumkan setakat ini bernilai RM 200. Bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian dan berangkat pulang, mereka dibenarkan membuat tuntuan semula kos tiket kapal terbang tersebut.

Sebagai kejutan, sejumlah USD 355 dimaklumkan akan diserahkan kepada setiap mahasiswa baru atas nama bantuan tiket kapal terbang dan boleh dituntut di Kedutaan Besar Malaysia Kaherah setelah tamat peperiksaan fasa awal. Majlis diteruskan dengan serahan cek kepada wakil Kedutaan melibatkan kos baik pulih Rumah Johor, sumbangan untuk maktabah dan kos tambang kapal terbang.

Tepat jam 8.05 malam, agenda kemuncak berlangsung iaitu majlis penyerahan sumbangan 3 buah komputer kepada BKPJM dan penyampaian hadiah cenderahati kepada tetamu-tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Sarimin sebelum seluruh hadirin dijemput menikmati jamuan dan bersurai.

Thursday, November 17, 2005

Ketibaan MB Johor

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Ketibaan MB Johor

YAB Menteri Besar Johor diberitakan akan berkunjung ke Ardul Kinanah ini pada 12 Februari akan datang, dengan antara tujuan utama beliau adalah melawat mahasiswa-mahasiswa Johor di bumi Anbia ini. Pihak BKPJM menjangkakan ramah mesra akan diadakan di Rumah Johor yang sekarang ini sudah menghampiri proses-proses terakhir pembaik pulihan fasa awal. Semua ahli BKPJM di seluruh muhafazah di minta hadir menyambut kehadiran beliau.

Majlis Akad BP PMRAM Johor

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Majlis Akad BP PMRAM Johor

RUMAH JOHOR, 7 Disember 2004 – Paluan Kompang bergema mengiringi ketibaan tetamu kehormat bersama pengantin lelaki tepat jam 2.00 petang. Ustaz Nik Ahmad Syahir Nik Salleh diiringi rombongan termasuk Encik Ariffin Abdul Hamid, Atase Pendidikan ( Bahagian Kebajikan ) Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Encik Zailuddin Salimon, Pegawai Kanan Akauntan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Presiden PMRAM dan Badan Pengurus PMRAM yang lain, juga Ustaz Nizam Md Noh dan keluarga.

Saudara Hafiz Noramli Halimi yang mengambil tempat pengerusi majlis menjemput Ustaz Khairul Nizam Mat Husin, Timbalan Presiden PMRAM untuk menyampaikan khutbah sebagai agenda pertama majlis. Akad berwali hakim oleh Encik Ariffin Abdul Hamid yang merupakan juru nikah bertauliah dari pihak Kedutaan telah selamat mengijabkabulkan pasangan dengan sekali akad antara Ustaz Nik Ahmad Syahir dan isterinya, Ustazah Intan Illyana Abdul Aziz

Majlis berjalan lancar bermula dengan ucapan daripada pengantin lelaki, berantai setelah itu dengan ucapan daripada Presiden PMRAM, Tuan Haron Tuan Cob. Wakil Kedutaan turut memberikan kalam taujihat buat pasangan diwakili oleh Encik Zailudin Salimon, sebelum wakil Johor merangkap Ketua Bait Muslim Negeri Johor, Ustaz Adha Sulaiman memberikan kata dua.

Majlis disudahi dengan bacaan doa oleh Tuan Haron Tuan Cob, jamuan dan bersurai.

Super Bait Muslim

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Super Bait Muslim

ARMA, 26 Januari 2005 – Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah bakal menjadi saksi kepada Walimatul Urus Super Gergasi dalam sejarah BKPJM dengan 8 mempelai bergabung dalam satu majlis kenduri kahwin di sini. Majlis ini diadakan pada sebelah malamnya setelah Ucap Tema berlangsung pada siang harinya. Kelapan-lapan pasangan itu telah selamat diijabkabulkan tahun lepas, dan mengadakan kenduri besar-besaran sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha kali ini. Lapan pasangan tersebut secara aturan akadnya bermula Ustaz Shahril Aidi Ahmad dan isteri Ustazah Norhafiza Mukri, Ustaz Yohanas Misuan dan Ustazah Norhaliza Kadir, Ustaz Rosdi Ramli dan Ustazah Haliza Aris, Ustaz Khaled Salekan dan Ustazah Darussila Nordin, Ustaz Wan Syariffudin Wan Hassan dan Ustazah Suzy @ Fatimatuzzahra Sulaiman, Ustaz Mohd Hazamin Mohd dan Ustazah Intan Norhamimah Mohd Kasim, Ustaz Nik Ahmad Syahir Nik Salleh dan Ustazah Intan Illiyana Abdul Aziz, Ustaz Mohd Nizam Hasan dan Ustazah Ruhasni Isahak. Semua dijemput hadir.

Wednesday, November 16, 2005

Sambutan Hari Raya Korban

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Sambutan Hari Raya Korban

KAHERAH, 22 Januari 2005 - UKTD dengan kerjasama sebahagian besar ahli telah bergotong-royong mengadakan ibadah Udhiyyah bertempat di balai Rumah Johor mulai jam 8 pagi dan telah selesai sebelum zohor. BKPJM memilih raya ketiga untuk ibadah korban ini setelah memberi laluan kepada PMRAM mengambil hari raya kedua bagi ibadah yang sama di Perkarangan Hayyu Asyir. Solat Hari Raya pula dilangsungkan di Masjid Musa Ibn Nusair, Hayyu Sabiek jam 8.00 pagi, hari raya pertama.

Sebanyak 12 ekor kambing disembelih, dengan dua daripadanya adalah untuk aqiqah, satu untuk nazar dan bakinya untuk korban. Seramai lebih kurang 60 ahli hadir membantu kerja-kerja menyembelih, melapah dan memotong kepada bahagian-bahagian kecil. Sebahagian besar daging ini disimpan sementara untuk digunakan bagi majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha beserta Ucap Tema di ARMA pada 26 Januari ini. Jamuan disediakan oleh pihak banat setelah selesai kerja-kerja sembelihan.

Tuesday, November 15, 2005

Temuduga Zakat dan Ujian Bertulis

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Temuduga Zakat dan Ujian Bertulis

ABBASIYYAH 16 dan17 Januari 2005 - Seramai hampir 120 peserta mengikuti temuduga zakat dan ujian bertulis di ARMA sebelum memastikan mereka layak mendapat zakat. Qarar awal menetapkan tanggal 16 adalah untuk mahasiswa muhafazah dan 17 khusus untuk mahasiswa Kaherah dengan ujian bertulis bermula seawal jam 8 pagi dan temuduga pula berlangsung jam 2.00 petang. Namun atas sebab-sebab teknikal, kedua-dua hari tersebut digunakan secara bebas untuk mana-mana mahasiswa dari dalam dan luar Kaherah.

Penemuduga-penemuduga terdiri daripada Dato’ Dr Ibrahim Endan, Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor, Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato’ Mohd Noh Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor, Sohibul Fadhilah Tuan Haji Shaari Abdullah Al-Hafiz, Penolong Pengarah Undang-Undang Syarak merangkap Kadi Besar Negeri Johor dan Encik Zailuddin Salimon. Tokoh-tokoh kenamaan Negeri Johor ini diterbangkan khas untuk mengadakan temuduga disamping membuat tinjauan awal sebelum ketibaan YAB Menteri Besar.

Mulai tahun ini, semua pemegang zakat dikehendaki menjalani temuduga dan ujian bertulis sebelum disahkan menerima zakat. Soalan-soalan bertulis berkisar kebanyakannya mengenai karangan, pengetahuan am dan pentermahan beberapa frasa ke dalam bahasa Arab. Menurut maklumat terkini, dijangka sebahagian pemohon zakat akan menerima zakat mereka di awal Februari ini.

Monday, November 14, 2005

Tinta Ketua Pengarang

Majalah : Al-Jauhar 2
Edisi : Aidil Adha
Kolum : Tinta Ketua Pengarang
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : Januari 2005
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

TINTA KETUA PENGARANG

BKPJM akhir-akhir ini dihujani beberapa perkara @ peristiwa besar yang tidak patut kita abaikan. Bermula daripada penghujung penggal kepimpinan AJKT sesi 2003/2004, kita menyaksikan kunjungan bertalu-talu daripada wakil Kerajaan Negeri Johor dan pertubuhan-pertubuhan kerajaan serta NGO, beberapa kali di penghujung tahun 2004, dan berterusan di awal tahun 2005.

Usaha dua hala ini pula memastikan dua perkara utama. Pertama, keutuhan BKPJM yang unggul sebagai badan tunggal bagi mahasiswa/i Johor di perlembahan Nil ini tanpa kompromi. Kedua, hubungan baik BKPJM dengan Kerajaan Negeri disamping kerjasama erat dengan PMRAM. Kita patut rasa bersyukur kerana mampu mengekalkan peranan sebagai pertubuhan kebajikan disamping menimba ilmu berpersatuan di bumi berkat ini.

Yang lebih aula daripada yang aula, apabila mampu melaksanakan satu urusan yang muhim tanpa mengabaikan satu urusan lain yang juga muhim (sebagaimana yang diterangkan oleh Naib Presiden 1 PMRAM, Ustaz Fakherei Mahiyuddin). Program ilmuan dan thaqafah yang menjadi tradisi sejak dahulu lagi, ditambah sokongan kuat kewangan dan keprihatinan Kerajaan Negeri membuatkan kita berdiri penuh kukuh.

Mungkin itulah berkat fatrah dua hari raya. Al-Jauhar Edisi Raya Aidilfitri dan Edisi Raya Aidiladha, mungkinkah ada hati yang belum memikirkannya?

Salam Aidiladha.
Ketua Pengarang

Saturday, November 12, 2005

Sampaikan Aidilfitri

Sampaikan Aidilfitri
Majalah : Al-Jauhar 1

Edisi : Aidil Fitri
Kolum : Sampaikan Aidil Fitri
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : November 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Daripada : Syaon
Kepada : Pelajar baru Johor Sesi 2004
Ucapan : Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri di perantauan orang walaupun baru menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya' ini.

Daripada: al_jantanie
Kepada: Semua Penulis
Ucapan: Teruskan menulis dan Selamat Hari Raya.

Daripada : Ahmad Syazwan bin Amin
Kepada : Seluruh Ahli BKPJM
Ucapan : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Daripada :M,Rafi Sanusi.
Kepada : Semua Mahasiswa/siswi baru mahupun yang lama
Ucapan : Semoga anda semua bergumbira bersama rakan2 dan ceria selalu,PEACE YOUR SELF!!!!!!!!!

Daripada : Tanjung Puteri
Kepada : Seluruh Ahli BKPJM
Ucapan : selamat ali laya.. SALAM AILDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN.. Jemput-jemputlah datang ke rumah. (Untuk Ikhwah jer..)

Daripada : Ahli Bait Zahra'
Kepada : Semua Ahli BKPJM & mereka yang mengenali kami.
Ucapan : Sempena Syawal yang mulia ini, kami memohon kemaafan atas segala kesalahan dan harap dapat dihalalkan makan minum. Semoga Ukhuwwah yang terjalin akan terus berkekalan kerana Allah Taala.

Daripada : Syaqah Lima ASP
Kepada : Semua Ahli BKPJM, terutama kepada penghuni Rumah Johor ST
Ucapan : Kami menghulurkan 10 jari memohon kemaafan sempena hari raya yang mulia. Terlanjur kata, terover bicara, dan terover perlakuan harap dimaafi. Jangan sedih raya di perantauan.

Daripada : Puteri Ayah Dan Permata Ibu Syaqah 4
Kepada : Semua siswa siswi dan muslimin muslimat seluruh dunia
Ucapan : Semoga Syawal ini memberi sebanyak-banyak kemenangan dan kebahagian buat semua. (Petang raya tengok Mr. Bean, Kullu Sannah Wa Antum Thoiyyibun)

Daripada : Mahasiswi Syaqah 6
Kepada : Semua warga Johor
Ucapan : Semoga di hari lebaran kalian akan diberkati Allah, dengan harapan Syawal kali ini akan lebih bermakna. Salam dihulur maaf dipinta. selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Daripada : Siti Aminah dan Syaqah 3
Ucapan : Sekalung ucapan di hari bermakna, buat kalian yang teristimewa, maaf dipinta dari kami semua, untuk warga BKPJM yang tercinta. :: 30 ramadhan puasa terakhir, Penuh kenangan yang tidak terhingga, Kullu Am Wa Antum Bi Khair, Dari Kami di Syaqah Tiga.

Daripada : Sidang Pengarang
Kepada : Semua
Ucapan : Raya Kat Malaysia sama je ngan sini. Ketupat Wak Reng boleh masak. Selamat Hari Raya.