Friday, November 11, 2005

CALON POPULAR - UNDI ROSAK

Majalah : Al-Jauhar 1
Edisi : Aidil Fitri
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : November 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

CALON POPULAR - UNDI ROSAK

Dewan Ibnu Sina, 6 Oktober – Suruhanjaya Pilihanraya dalam Mesyuarat Agung kali ke 22 ini mengumumkan senarai AJKT dan AJK HEWI tepat jam 8.50 malam. Pengarah SPR, Ustaz Jupri Ngadinon mengumumkan seramai 194 ahli BKPJM berada di Mesir dan layak mengundi, terdiri daripada 130 ikhwah dan 64 akhawat. Peratusan keluar mengundi dengan 55.2 peratus masih boleh dianggap memberangsangkan dengan sejumlah 59 pengundi daripada pihak ikhwah dan 48 daripada pihak akhawat. Dicatatkan satu undi rosak diterima pada pilihanraya kali ini.

Ketiga-tiga exco sesi 2003/2004 berjaya mempertahankan kedudukan sementara 6 kerusi yang lainnya diisi oleh muka-muka baru. Empat calon tersingkir dalam pilihanraya kali ini menyaksikan persaingan sengit semua calon yang bertanding. Undi tertinggi diraih oleh Ustaz Azhari Gerto, calon popular yang menjadi pilihan utama pengundi dengan 95.3 peratus undian, diikuti Ustaz Azman Shaari (100 undi), Ustaz Fairuz Tamjis ( 99 undi ), Ustaz Mohd Norden Abdullah (96 undi), Ustaz Mohd Firdaus Sulaiman, Ustaz Hafiz Noramli Halimi dan Ustaz Mohd Yazid Pardi dengan masing-masing beroleh 95 undi. Calon lain yang dapat melayakkan diri, Ustaz Ahmad Saufi Mustafa dengan 92 undi manakala Ustaz Hairi Hamzah dengan 89 undi.

Kesemua calon yang menang beroleh undi majoriti daripada ahli, seterusnya melayakkan diri bergelar AJKT BKPJM bagi sesi 2004/2005.Calon-calon yang gagal merebut tempat turut memberikan cabaran berwibawa, dangan tiada calon yang mendapat undi sifar. Persaingan sihat ini dilihat sebagai tanda kebersamaan ahli kepada Badan, seterusnya merakamkan sejuta kenangan dengan tamatnya pengumuman AJKT BKPJM bagi sesi 2004/2005 pada jam 9.00 malam . Majlis disudahi dengan taarruf dan ucapan exco-exco terlantik, serta bacaan selawat dan bersalam-salaman di kalangan ahli.

No comments: