Wednesday, November 09, 2005

Salam Bicara Bisu Yang Cuba Bersuara

Salam Bicara Bisu Yang Cuba Bersuara
Majalah : Al-Jauhar 1

Edisi : Aidil Fitri
Kolum : Tinta Ketua Pengarang
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : November 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Salam Bicara Bisu Yang Cuba Bersuara

Assalamualaikum

Al-Jauhar merupakan satu lapangan penulisan sebaris SUKEJ dan Al-Bashirah, namun menjalankan fungsi yang sedikit berbeza. Kewujudannya memangku mandala berita seputar isu BKPJM berbentuk maklumat dan terkini, seterusnya mewujudkan rangkaian berita terus kepada ahli.

Setelah menyepi beberapa tahun lamanya, hingga tidak dapat dipastikan secara tepat bilakah kali terakhir ia menjenguk pasaran, ia bagai dilahirkan semula hasil keinginan Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan sesi 2004/2005, Ustaz Mohd Fairuz Tamjis. Walaubagaimanapun, permulaan ini masih agak lemah dan memerlukan sokongan dan dokongan ahli sekelian.

Warga Al-Jauhar mengalu-alukan penyertaan ahli setiap masa. Nyatakan kesudian anda melalui mana-mana wakil yang anda kenali. Al-Jauhar yang pada namanya berasingan dengan SUKEJ mahupun Al-Bashirah, namun ia sebenarnya berdiri dinaungi oleh satu lajnah yang sama, Lajnah Penerangan Dan Penerbitan, di bawah Timbalan Yang Dipertua.

Sempena Lebaran yang mulia, tidak terlewat rasanya untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli, terutama kepada semua pembaca, juga kepada rakan penulis yang akan sama-sama menggiatkan lapangan penulisan sebagai satu ilmu bantu kepada perjuangan Islam yang sentiasa diulik cabaran. Pohonan Maaf andai terdapat sebarang salah silap atau kekurangan yang tidak dapat disempurnakan.

:: Ahlan :: Wasahlan :: Syawal ::
Ketua Pengarang Al-Jauhar

No comments: