Saturday, November 12, 2005

Berita Ringkas

Berita Ringkas
Majalah : Al-Jauhar 1

Edisi : Aidil Fitri
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : November 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Zakat Fitrah
Syu'un Ijtimaie menetapkan kadar zakat fitrah tahun 1425 bagi setiap kepala adalah sebanyak LE 7. Kutipan mula dibuat sejak 17 Ramadhan oleh Bendahari BKPJM, Ustaz Azman Shaari. Sambutan sangat menggalakkan, namun masih terdapat individu yang masih belum menjelaskan bayaran tersebut. Menurut amil, kutipan zakat tersebut akan diagihkan selepas Aidilfitri kepada mereka yang layak berdasarkan perbincangan yang dibuat oleh AJKT BKPJM.

Kad Hari Raya.
Pihak BKPJM menerima beberapa kad ucapan Selamat Hari Raya sempena Ramadhan dan Syawal tahun ini. Antaranya daripada pihak Menteri Besar Johor, Jabatan Agama Islam Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Marsah, PKEINJ dan lain-lain pengirim. Pihk BKPJM amat berbesar hati atas kiriman tersebut. Selamat Menyambut Hari Lebaran.

Beli Tilam.
Unit Perumahan BKPJM telah mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli tilam bagi menampung ketibaan pelajar baru sesi 2004/2005 ini. Sebanyak 20 tilam tambahan beserta bantal disediakan dan diagih-agihkan ke setiap bilik berdasarkan kuantiti maksimum bilik berkenaan. Mahasiswa baru diharap dapat bersabar sementara urusan pengagihan selesai dijalankan.

Peperiksaan fasa awal 2004/2005
Menurut Ketua Unit Pengetahuan Dan Bimbingan, Ustaz Hairi Hamzah, peperiksaan akan berlangsung selewat-lewatnya pada 20 Disember 2004. Maklumat diterima daripada syu'un, dan belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan berkenaan hal ini daripada pihak universiti.

Takwim BKPJM
BKPJM dengan kerjasama seluruh ahlinya menganjurkan Rumah Terbuka pada 1 Syawal bersamaan 14 November 2004, makala Sambutan Hari Raya peringkat Johor diadakan pula pada malam ketiga raya. Menurut salah seorang exco BKPJM, Ustaz Azman Shaari, Raih Imtiaz akan diadakan pada 18 november ini sebelum pembekuan aktiviti dibuat bagi memberi laluan untuk peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hanya kelas bimbingan sahaja akan berlangsung setelah itu.

Kedai Al-Jauhar.
Kedai Al-Jauhar sudah mula dibuka sejak 10 Novermber yang lalu di bawah kelolaan exco yang baru. Pengurus Kedai Al-Jauhar mengingatkan kepada semua ahli yang ingin menempatkan barang untuk penjualan agar memastikan tidak menempatkan barangan boikot sempena sokongan kepada Kempen Biah Solehah sebelum ini – Boikot Barangan Yahudi.

Permohonan Zakat
Unit Setiausaha BKPJM mengingatkan kepada sekelian ahli yang ingin membuat permohonan zakat kepada Majlis Agama Islam Johor agar melengkapkan borang tersebut sebelum menghantarnya. Tarikh penghantaran borang dilanjutkan sehingga 15 Disember 2004. Semua mahasiswa tahun 4 dibenarkan memohon, dan bagi mahasiswa tahun 1,2 dan 3 mereka digalakkan membuat permohonan.

Gotong-Royong Perdana
Pada 12 haribulan November yang lalu, Unit Perumahan BKPJM telah melaksanakan Gotong Royong Perdana yang berlangsung dalam dua sesi, pagi dan malam. Di siang hari, operasi pembersihan melibatkan sutuh, dalam dewan, tangga hinggalah ke luar Rumah Johor, disamping membuat pemasangan balai di bahagian kanan dan belakang Rumah Johor. Ini merupakan persiapan bagi menyambut Syawal yang menjelang. Operasi kedua adalah kerja-kerja pembasuhan hadapan Rumah Johor dilakukan pada malam harinya. Operasi besar-besaran ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan anda.

Kepulangan Timbalan Yang DiPertua BKPJM
Pada 12 November yang lepas, Timbalan Yang DiPertua BKPJM, Ustaz Fairuz Tamjis telah selamat pulang ke tanah air, dan kekosongan itu akan dipangku oleh Ustaz Firdaus Sulaiman. Belian dijangka pulang ke Mesir kembali pada bulan Februari akandatang.

No comments: