Thursday, November 10, 2005

Mesyuarat Agung BKPJM Kali ke 22.

Majalah : Al-Jauhar 1
Edisi : Aidil Fitri
Kolum : Berita
Jenis : Kewartawanan
Terbitan : November 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Mesyuarat Agung BKPJM Kali ke 22.

Asrama Pelajar Johor, 6 OKTOBER – Setelah proses pembuangan undi berlangsung selama tiga jam dari jam 7.30 pagi, Mesyuarat Agung BKPJM kali ke 22 dimulakan secara rasminya dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Azhari Gerto pada pukul 10.30 pagi. Menyusul sepuluh minit selepas itu, Pengarah Mesyuarat Agung BKPJM kali ini, Ustaz Fairuz Tamjis memberikan ucapan alu-aluan, diikuti oleh ucapan daripada Pemangku YDP BKPJM, Ustaz Nazar Misran.

Majlis dirasmikan oleh yang berbahagia Ustaz Khairul Nizam Mat Husin, Timbalan Presiden PMRAM pada pukul 10.54 pagi. Majlis dihentikan sebentar bagi memberi laluan kepada solat Zuhur pada pukul 11.30 pagi sebelum disambung semula pada pukul 12.20 pagi. Kehadiran 57 mahasiswa dan 43 mahasiswi daripada sejumlah 194 ahli BKPJM yang berada di Mesir memeriahkan suasana Mesyuarat Agung Kali ke 22 ini. Walaupun tanpa kehadiran 3 AJKT dan 3 AJK HEWI, majlis masih dapat diteruskan dengan jayanya. Tiga AJKT itu ialah Ustaz Khaled Salekan, Ustaz Luqmanul Hakim Abd Rahman dan Ustaz Hairi Hamzah yang sedang bercuti di tanahair.

Mesyuarat Agung berjalan lancar, bermula daripada perbincangan mengenai hal berbangkit dan laporan setiap unit dan hewi, dan disudahi dengan ucapan penangguhan setiap exco. Mesyuarat ditawaqqufkan beberapa kali bagi memberi laluan kepada makan, rehat dan solat. Agenda diteruskan dengan perbahasan usul yang dikemukakan oleh Ustaz Zairol Al-Adib yang berbunyi : BKPJM hendaklah mengambil tindakan terhadap ahli yang melibatkan diri dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan yang boleh menggugat dan boleh memecahbelahkan kesatuan ahli khususnya BKPJM dan PMRAM. Usul ini telah dibahaskan dengan lima perwakilan mendatangkan hujah menyokong dan satu hujah menentang. Kiraan undi dilakukan dengan keputusan 60 menyokong dan 2 menentang.

Usul kedua yang dibawakan oleh AJKT berbunyi : Setiap sesi berlalu, BKPJM hendaklah mengekalkan maksima 2 orang AJKT dan 2 orang AJK HEWI yang akan ditentukan di dalam mesyuarat AJKT lama. Usul ini mendapat sokongan sebulat suara tanpa sebarang pembetulan. Majlis diteruskan dengan perlantikan pemeriksa kira-kira tetap; Saudara Nik Ahmad Syahir Nik Salleh dan Saudara Mohd Ridhwan Roslan, dan dua pemeriksa kira-kira simpanan; Saudara Zulkarnain Ramlan dan Saudara Halimi Subari.

Sejurus jam 8.10 malam, acara penyampaian hadiah dan sijil dijalankan dengan penerima terdiri daripada AJKT, AJK HEWI dan AJK kecil setiap unit. Tidak dilupakan beberapa pemenang kepada beberapa pertandingan yang dibuat sepanjang fatrah tamat imtihan musim panas yang lalu. Ustaz Nazar mewakili YDP BKPJM yang pulang ke Malaysia menyampaikan salam takzim dan pohonan maaf atas ketidakhadiran beliau di majlis ulung ini. Mesyuarat Agung disudahi secara rasmi tepat jam 8.50 malam dengan penyerahan majlis kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengumumkan exco-exco bagi sesi berikutnya.

No comments: