Friday, December 09, 2005

Selangkah Memahami Syair

Majalah : SEGA
Edisi : 2003/2004
Kolum : Bahasa Arab
Jenis : Artikel
Terbitan : 2004
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Selangkah Memahami Syair
Oleh : al_jantanie

Sejak daripada dahulu, kebanyakan Azhari merasa tidak senang apabila mereka mengambil madah nusus yang berkaitan dengan syair, memandangkan bahawa syair arab bukanlah madah 'favourite', malah ia suatu yang menggerunkan, kerana ia dipandang terlalu sukar, padahal syair arab adalah suatu yang sangat baik untuk dipelajari, kerana disitu sebenarnya menjelaskan kemahiran berbahasa kita. Ia akan menjadi mudah sekiranya kita dapat memahami syair-syair tersebut dengan bantuan syarah yang selalunya disertakan bersama. Apa kata kali ini kita cuba memahami bersama-sama sebahagian daripada kasidah yang ditulis oleh Amru Ibn Al-Ahtam, salah seorang pensyair zaman jahiliah.

ألا طرقت أسماء وهى طروق وبانت على أن الخيال يشوق

Ketahuilah, bahawa telah datang Asmak pada waktu malam, dan dia datang beberapa kali. (طرقت) pe'el ini digunakan dengan makna datang pada waktu malam sahaja.Dan jelaslah, bahawa sesungguhnya khayalan itu sentiasa mengasyikkan (penggunaan fe'el mudhari' membawa makna sentiasa)

بحاجة محزون كأن فؤاده جناح وهى عظماه فهو خفوق

Dengan hajat seorang yang disedihkan (dengan pemergian Asmak), seolah-olah hatinya adalah kepak, sedangkan dia (Asmak) adalah dua tulangnya (tulang kepak) sedangkan dia (lelaki ini) mengepak-ngepakkan sayapnya.Mafhumnya : Macammana keadaan kepak kalau tiada tulang, bagai patah sayap dengan kehilangan Asmak.

Bait ini mengandungi unsur (tadhmin) iaitu ayat yang tidak dapat disempurnakan dalam satu bait lalu disambung kepada bait yang seterusnya. Perhatikan "dengan hajat seorang lelaki yang disedihkan oleh pemergian Asmak" sebenarnya adalah sambungan kepada bait yang sebelumnya iaitu " telah datang Asmak pada waktu malam…….(dan datangnya itu) adalah kerana hajat lelaki ini…..Maksudnya, datangnya Asmak adalah khayalan lelaki itu sahaja

وهان على أسماء أن شطت النوي يحن إليها واله ويتوق

Sedangkan mudah sahaja bagi Asmak, untuk berniat pergi jauh (dalam musafirnya), meraung seorang yang hilang akalnya (kerana kesedihan yang amat sangat) sedangkan dia sangat ingin padanyaBanyak digunakan wau ma'iyyah dalam bait ini, seperti wau dipermulaan bait, dan di hujung bait. Lelaki ini meraung sehingga hilang akalnya, kesedihan kerana ditinggalkan.

ذريني فإن البخل يا أم هيثم لصالح أخلاق الرجال سروق

Tinggalkan aku, sesungguhnya bakhil itu wahai Ummu Haisam, adalah pencuri (سروق) bagi kebaikan akhlak orang lelaki.Perhatikan isim inna iaitu 'bakhil' di hadapan bait, sedangkan khabar inna iaitu 'pencuri' hanya didatangkan di akhir bait, setelah diselangi oleh nida' (iaitu wahai Ummu Haisam) dan diselangi oleh jar majrur (لصالح أخلاق الرجال )

Adalah penting kita mencari pelengkap bagi sesuatu ayat, seperti mubtada', carilah terlebih dahulu khabarnya, begitu juga fe'el carilah mana fa'elnya dan seterusnya. Abaikan terlebih dahulu jar dan majrur kerana ia adalah tambahan kepada ayat pada kebiasaanya.

ذريني وحطي فى هواي فإنني على الحسب الزاكي الرفيع شفيق

Tinggalkan aku (pedulikan aku) dan ikutlah kehendakku (jangan melawan kehendakku untuk bersifat pemurah dan tidak bakhil), sesungguhnya aku (فإنني) merasa belas kasihan (شفيق) atas dasar kenamaan (datuk nenek moyang) yang tinggi dan besar.Sekali lagi khabar inna (شفيق) diselangi daripada isim inna (فإنني), diselangi oleh jar dan majrur (على الحسب الزاكي الرفيع).

وإني كريم ذو عيال تهمني نوائب يغشى رزؤها وحقوق

Dan sesungguhnya aku adalah mulia, mempunyai tanggungan (عيال), musibah (نوائب) menyedihkan aku (menyebabkan aku sedih),/ musibah (رزؤها) menggelapkan (menimpa), dan sesuatu yang diyakini (kematian)Terdapat penggunaan 2 jumlah fe'liah, (تهمني) dengan fa'elnya (نوائب), dan fe'el (يغشى) dengan fa'elnya (رزؤها), setelah jumlah ismiah di depan ayat. Perhatikan pula (حقوق) adalah fa'el kedua bagi (تهمني), seeolah-olah ia berbunyi seperti ini, تهمني نوائب و تهمني حقوق

Kebiasaannya yang menjadi kesukaran untuk memahami syair adalah kerana tidak menguasai bentuk-bentuk ayat dalam bahasa arab, kerana sedia maklum ayat dalam bahasa arab samada jumlah ismiah atau fe'liah, dan kemudiannya perhatikan pula jar majrur dan zaraf yang selalu berada di pertengahan ayat, kerana jar majrur dan zaraf ini hampir-hampir boleh dikatakan sebagai penambah dalam ayat, hingga boleh di buang, di kehadapan dan di kebelakangkan, tanpa menjejaskan makna ayat, kecuali pada keadaan tertentu di mana ia berfungsi sebagai pembeza antara dua ayat. Perhatikan ayat ini

التعليم فى الصغير كالنقاش على الحجر والتعليم فى الكبير كالرقم على الماء

Sekiranya kita membuang jar majrur dalam kedua-dua ayat, maka ia akan menjadi

التعليم كالنقاش والتعليم كالرقم

Oleh itu, sekiranya dibuang jar majrur maka kedua-dua ayat seolah-olah sama, maka jar majrur diperlukan untuk membezakan.Sebagai penutupnya, penulis cuba menyusun kembali syair di atas dengan bentuk ayat yang biasa kita lihat. Akhirnya, sekiranya terdapat kesilapan, maka kesilapan itu berpunca daripada kelemahan diri penulis, harap maaf. Wallahu a'la wa a'lam

ألا طرقت أسماء بحاجة محزون وهى طروق......وبانت بأن الخيال يشوق.....كأن فؤاده جناح وهى عظماه فهو خفوق........وهان على أسماء أن شطت النوى, ويحن واله اليها ويتوق اليها.....يا أم هيثم ذرينى ...فإن البخل سروق لصالح أخلاق الرجال....... يا أم هيثم ذريني وهطي فى هواي, فإننى شفيق على الحسب الزاكى الرفيع.....وإني كريم و ذو عيال,... ...تهمني نوائب يغشي رزؤها ويهمني حقوق........

No comments: